Selamat Datang ke PORTAL KPM

Permukiman YB Menteri Pendidikan Dan Pengurusan Tertinggi KPM Bersama-Sama Dengan JPN Sarawak Dan Perak

Permukiman YB Menteri Pendidikan Dan Pengurusan Tertinggi KPM Bersama-Sama Dengan JPN Sarawak Dan Perak

 

22 & 23 Februari 2024 | Khamis & Jumaat

 

Pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu telah dilangsungkan acara Permukiman YB Menteri Pendidikan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Perak.

 

Bermula pada Disember tahun lalu, YB Menteri Pendidikan dan Pengurusan Tertinggi KPM telah mengadakan acara permukiman di negeri-negeri untuk mengetahui secara lebih dekat operasi pendidikan dan mencari penyelesaian bagi isu-isu yang berbangkit.

 

Ia juga adalah salah satu kaedah merealisasikan Teras 1 Nadi Kecemerlangan KPM iaitu untuk menambahbaik komunikasi di setiap peringkat.

 

Tahniah kepada JPN Sarawak dan JPN Perak yang telah menunjukkan iltizam tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri masing-masing.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 188