Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Pendidikan Khas

 
home

Ketua Jabatan
>YBrs. Dr. Mohd. Anuar Bin Abdullah

 

VISI

Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan

MISI

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:

Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab;
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak; dan
Pengantarabangsaan Program Pendidikan Khas

OBJEKTIF

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan Khas

FUNGSI

Memperluas akses dan ekuiti pendidikan kepada MBK melalui Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
Memperkasa strategi pengoperasian Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
Membangunkan modal insan MBK mengikut potensi dan meningkatkan kebolehpasaran dalam pelbagai bidang.
Membangunkan kapasiti sumber manusia di Bahagian, Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
Mempertingkat prasarana mesra orang kurang upaya (OKU) dan persekitaran pembelajaran yang kondusif di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
Memperkasa perkhidmatan sokongan dan bantuan pendidikan khas
Memantapkan tadbir urus organisasi Bahagian.
PIAGAM PELANGGAN
Memaklumkan keputusan penempatan guru pendidikan khas selewat-lewatnya 9 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.
Memaklumkan keputusan pertukaran guru pendidikan khas selewat-lewatnya 4 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UAD

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Khas, 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 2, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 1,
62604, Wilayah Persekutuan Putrajaya
03-88849190 03-88886670 [emel]

Hits : 21