Pra Perkhidmatan
Kursus Pra Perkhidmatan
Kursus pra perkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru pra perkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:
i ) Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
- Umur tidak melebihi 35 tahun
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
- Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
- Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.
IKATAN PERJANJIAN
- KPLI SR - 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
- KPLI j-QAF -
3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
ii) Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
- Umur tidak melebihi 20 tahun
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta;
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
Ikatan Perjanjian
5 tahun berkhidmat dengan kerajaan.
- Hits: 15903