Seramai hampir 700 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sarawak pada 15 Oktober 2018 di Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 68% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada belia berumur 11 hingga 30 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan sebanyak 28% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 26% hadirin yang hadir terdiri daripada golongan pelajar (Rajah 3). Berdasarkan kepada dapatan tersebut, jelas bahawa sesi town hall pemerkasaan TVET ini telah mendapat perhatian dan sambutan daripada golongan belia Sarawak umumnya.
Jumlah Kehadiran
681
Peratus Umur Responden
Peratus Tahap Pendidikan Tertinggi Responden
Peratus Pekerjaan Responden
Hasil dapatan daripada kaji selidik Town Hall Pemerkasaan TVET di Zon Sarawak menunjukkan bahawa isu-isu berkaitan TVET yang menjadi perhatian daripada responden adalah seperti berikut:
Gaji rendah (36.3%)
Peluang pekerjaan terhad (52.4%)
Perkembangan teknologi yang perlahan (33.9%)
Jurang kemahiran tenaga pengajar TVET (29.8%)
Pengiktirafan program TVET yang bermasalah (sijil/diploma) (35.5%)
Peruntukan kewangan dan yuran pengajian (42.7%)
Persepsi masyarakat terhadap TVET sebagai pilihan kedua (50.8%)
Peratus Isu TVET di Sarawak
Ucapan Aluan
YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Ahli Panel Jemputan
Moderator
Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku
Panel Jemputan
Profesor Adjung Zulkifli Abd Rani
Pengarah Urusan Techno Diverge Link Sdn Bhd
Beliau mempunyai pengalaman 28 tahun dalam industri Minyak & Gas (20 tahun di PETRONAS) dan merupakan anggota utama PETRONAS Deepwater Taskforce. Terkini beliau telah dilantik sebagai Profesor Adjung yang mewakili sektor Minyak & Gas oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Fellow Korporat di UTM - Institut Minyak & Gas MPRC di UTM. Beliau juga kini merupakan seorang Profesor Pelawat di Universiti SRM di Chennai, India, Universiti Pertamina (UP) di Jakarta, Indonesia dan Universiti Islam Riau (UIR) di Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Encik Joseph Anak Beron
Stakeholder, Jabatan Kejuruteraan Dan Mekanikal, UNIMAS
Pengalaman kerja selama 36 tahun. Pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Automotif IKM Kuching, Technical Advisory Committee, Kolej Vokasional Matang, Pakar Industri Negara, DPIN, PP-PPT dan PPL-PPT. Pernah menerima anugerah IR. (Inst. Road Transport Engineer UK)
Dato Haji Baharudin B Hj Abdullah
Presiden, International Vocational Education & Training Association (IEVTA)
Beliau telah berkecimpung di dalam bidang teknikal & vokasional lebih 43 tahun. Menerajui PPKS selama 17 tahun, bermula dengan 8 orang kakitangan & 28 orang pelatih. Semasa bersara jumlah kakitangan 380 orang dan jumlah pelajar seramai 3,200 orang. Berjaya menubuhkan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) dan Yayasan Pendidikan PPKS dan juga membina sebanyak 3 buah anak syarikat dan 4 buah kampus cawangan di seluruh negeri Sarawak.
Encik Lim Ah Juan
Pengarah Kolej Vokasional Betong, Sarawak
Beliau merupakan bekas guru vokasional elektrik Sekolah Menengah Vokasional selama 16 tahun, Timbalan Pengarah selama 10 tahun dan merupakan Pengarah Kolej Vokasional selama 2 tahun (pelbagai SMV/KV). Antara pencapaian beliau ialah pembentang kertas kerja Human Capital Conference di UNIMAS pada 21-23 Ogos 2017, menghadiri 2018 Education Forum For Asia Annual Conference pada 20-22 September 2018 di Chengdu China, Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan 2013 JPA, menghasilkan kajian penyelidikan pendidikan KPM, Jawatankuasa Kerja MQA PERINGKAT Kolej Vokasional 2012 dan Panel Penulisan Modul ETTECH 2015 KPM.
Encik Abdul Mokhtarin Hj Anuar
Pemilik Syarikat / Pengurus
Pernah bekerja sebagai Juru Teknik Production di TOKO Electronics Sarawak & Building Technician Topspot Building, Production Technician di Inkimages S/B, Kota Damansara, Facility Technician di Maxis Mobile Berhad, Menara Maxis KLCC, Building Technician di PSB Properties S/B Green High Condo, BDC Kuching dan Senior Technician di Sarawak Incorporated S/B @ State Finance Sarawak, Menara Pelita Kuching. Beliau merupakan penerima Anugerah Kontraktor Cemerlang DBKU Tahun 2009 - 2011 dan Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 - Kategori Anugerah Usahawan Harapan (Lelaki).
Aturcara
TOWN HALL JAWATANKUASA PEMERKASAAN TVET
Tema
MEMPERKASA TVET MEMBINA NEGARA
15 OKTOBER 2018 (ISNIN), DEWAN SRI MERPATI, INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING, SARAWAK
8:00 pagi
Ketibaan tetamu dan VIP
9:00 pagi
Perbincangan Yang Berbahagia Prof Dato Dr. Ts. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Ketua Pengarah JPPKK dengan Moderator, Panelis dan VVIP
9:45 pagi
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku
10.00 pagi
Bacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Azrul Bin Muhammad Ariffin, IKM Kuching
10.15 pagi
Persembahan video temu ramah ikon TVET semua Kementerian
10.30 pagi
Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Prof Dato Dr. Ts. Mohd Ismail bin Abd Aziz, Ketua Pengarah JPPKK