eG-Tukar
- Apakah kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon?
- Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
- Kepentingan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
- Apakah jenis guru yang boleh memohon pertukaran melalui modul EG-Tukar?
- Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.
- Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;
- Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
- Mengapakah saya gagal dalam permohonan pertukaran?
- Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut: a. Kepentingan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
- Bilakah keputusan permohonan pertukaran akan diumumkan?
- Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
- Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?
- Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.
- Hits: 192259