e-Tukar

  1. Apakah itu e-Tukar Bukan Guru?
  • e-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan membuat urusan pertukaran dan menyimpan data-data permohonan pertukaran kakitangan secara lebih efisien dan efektif.
  1. Apakah kelebihan menggunakan sistem e-tukar?
  • Sistem e-tukar bukan guru dapat menyediakan permohonan secara atas talian (online). Sistem ini dapat memproses permohonan pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pangkalan data berpusat, secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesan permohonan pertukaran.
  1. Bagaimana untuk mengemaskini maklumat dalam e-tukar?
  • Maklumat dalam e-tukar pemohon boleh dikemaskini selagi permohonan belum dihantar dengan caralogin masuk ke laman e-tukar. Sekiranya pemohon telah menghantar permohonan tersebut, pengguna tidak boleh mengemaskini maklumat berkenaan.
  1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa ID pengguna atau kata laluan?
  1. Bagaimanakah untuk mendaftar dalam sistem ini?
  • Klik pada login kali pertama, daftarkan maklumat pengguna dan klik daftar. Anda akan dibekalkan ID dan katalaluan, seterusnya anda boleh login dan boleh menggunakan sistem ini.
  1. Siapakah yang boleh mendaftar dan menggunakan sistem e-tukar?
  • Sistem e-tukar bukan guru ini hanya untuk kegunaan kakitangan bukan guru (selain daripada guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia.
  1. Saya merupakan seorang Penolong Setiausaha Pejabat, Gred N17 di salah sebuah IPG di Semenanjung Malaysia. Saya berhasrat untuk memohon tukar ke mana-mana jabatan atau kementerian di daerah Kuching, Sarawak. Bolehkah saya menggunakan aplikasie-tukar Bukan Guru.
  • Boleh. Sistem e-tukar Bukan Guru turutboleh digunakan bagi tujuan permohonanpertukaran jawatan-jawatan bukanguru sama ada jawatan lantikan SPP atau skim gunasama.
  1. Saya merupakan seorang Pegawai DG29 di salah sebuah PKG di Selangor. Saya mempunyai masalah peribadi iaitu jarak perjalanan dari PKG kerumah saya adalah 120km perjalanan pergi dan balik. Bolehkah saya memohon tukar menggunakan aplikasi e-tukar Bukan Guru?
  • Tidak boleh. Permohonan aplikasi ini hanya untuk jawatan-jawatan bukan guru sahaja.
  1. Saya telah membuat permohonan tukar melalui e-tukar Bukan Guru pada 01 Oktober 2011. Namun sehingga kini pengesah 1 dan 2 belum membuat pengesahan. Bilakah kedua-dua pengesah akan membuat pengesahan?
  • Tarikh akhir untuk Pengesah 1 membuat pengesahan adalah 15 November 2011, manakala tarikh akhir Pengesah 2 membuat pengesahan adalah pada 30 November 2011.
  1. Bagaimanakah Guru Besar hendak membuat pengesahan sebagai Pengesah 1? Adakah beliau perlu mendaftar seperti pemohon juga?
  • Guru Besar atau Pengetua telah dibekalkan dengan ID pengguna dan katalaluan melalui surat edaran yang telah dihantar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan April 2011. Sebagai Pengesah 1 beliau perlu login kedalam aplikasi untuk membuat pengesahan tersebut.
  1. Saya telah mendaftar buat pertama kali pada 3 April 2011 dan memohon tukar ke Pahang. Tetapi setelah saya login semula pada 4 April, dan saya telah mendapat mesej bahawa ID dan katalaluan yang dimasukkan tidak tepat.
  • Tuan boleh klik lupa katalaluan yang mana katalaluan yang baru akan diberikan melalui emel yang telah didaftarkan.
  1. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan yang telah saya hantar pada bulan Oktober 2011 melalui sisteme-tukar Bukan Guru?
  • Keputusan permohonan tukar boleh disemak mulai 21Disember 2011 melalui sistem e-tukar Bukan Guru dengan login menggunakan ID dan katalaluan yang sama.
  1. Saya berkhidmat di Kolej Matrikulasi Melaka. Saya ingin bertanya bila dan berapa kalikah permohonan pertukaran secara atas talian ini dibuka di dalam masa setahun?
  • Permohonan pertukaran ini dibuka sebanyak 4 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
  1. Saya telah membuat permohonan tetapi setelah membuat perbincangan dengan ahli keluarga, saya berhasrat ingin membatalkan permohonan secara atas talian yang telah dibuat. Bagaimanakah caranya saya ingin membuat permohonan batal, kerana saya telah cuba untuk login semula tetapi tiada modul permohonan batal.
  • Sekiranya pemohon telah klik borang hantar permohonan, maka sebarang pembatalan tidak boleh dilakukan melalui sistem e-tukar ini. Bagi tujuan pembatalan, pemohon hendaklah memaklumkan kepada pengesah I atau pengesah II (yang mana lebih dahulu) sebelum tarikh mesyuarat panel bersidang.
  1. Nama saya Ali Bin Rosli, seorang Pemandu Gred R3 dan memohon bertukar dari Kelantan ke Perlis. Saya ingin bertukar suka sama suka dengan pemandu dari negeri Perlis yang secara kebetulan ingin bertukar ke Kelantan. Bolehkah saya memohon menggunakan sistem ini?
  • Ya. Pemohon boleh membuat permohonan berkenaan melalui Sistem e-tukar Bukan Guru, sistem e-tukar akan membuat suaipadan secara automatik. Tuan juga boleh mencatatkan didalam ruang catatan nama dan nombor kad pengenalan pasangan suaipadan berkenaan.
  1. Jika Pengesah I/II sedang cuti panjang. Bolehkah urusan ini diambil alih oleh orang lain?
  • Pengesah I boleh menyerahkan tugas kepada pegawai bawahannya bagi membuat pengesahan sebelum beliau bercuti.
  1. Bagaimana saya membuat perubahan jika saya telah tersalah isi alamat dan tempat saya bertugas?
  • Selepas permohonan dihantar, sebarang perubahan tidak boleh lagi dilakukan. Sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk memaklumkan masalah berkenaan.Nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.
  1. Bolehkah saya memohon pertukaran melalui sistem e-tukar jika saya memohon tempat yang diletakkan dibawah daerah yang berlainan?
  • Ya, pemohon bolehmemohon kemana-mana tempat diseluruh Malaysia sama ada didalam daerah, didalam negeri, diantara negeri atau diantara bahagian.
  1. Saya mempunyai masalah peribadi dengan pengesah I. Bolehkah saya memohon pertukaran melalui e-tukar ini tanpa pengesahan daripada pengesah I?
  • Tidak. Permohonan pertukaran melalui sistem ini hendaklah mendapat pengesahan daripada pengesah I terlebih dahulu.
  1. Adakah sistem ini hanya untuk kakitangan bukan guru lantikan SPP? Saya merupakan kakitangan bukan guru F29 daripada lantikan SPA/JPA, bolehkah saya membuat permohonan tukar dengan menggunakan sistem ini?
  • Boleh. Sistem ini boleh digunakan oleh semua kakitangan bukan guru yang berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia samada lantikan daripada SPP atau SPA.
  1. Bagaimanakah cara untuk menukar ID dan katalaluan dalam sistem e-tukar?
  • ID pengguna tidak boleh ditukar, tetapi katalaluan boleh ditukar dengan memasukkan katalaluan baru melalui profile pengguna.
  1. Saya merupakan pembantu am pejabat dan ingin bertukar ke SJK (C ) Yuk Hwa, namun saya tersalah meletakkan nama sekolah tersebut iaitu SJK (C ) Yok Hwa. Bagaimana saya hendak membetulkannya?
  1. Saya menghadapi kesulitan tidak dapat Login kedalam sisteme-tukar walaupun telah menggunakan ID dan Katalaluan yang diberikan oleh pihak BPSM. Bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini?
  1. Bolehkah pengetua daripada sekolah lain menjadi pengesah I dan membuat pengesahan permohonan untuk saya?
  • Tidak boleh. Setiap jabatan/sekolah telah diberikan ID dan kata laluan.
  1. .Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa katalaluan dan berlaku kesilapan dalam meletakkan emel saya?
  • Sila maklumkan kepada BPSM, KPM melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.
  1. Nama saya Abu bin Bakar, No. Kad Pengenalan76xxxx-1x-xx5x. Saya baru mendaftar pada minggu lepas, namun ID pengguna saya telah didaftarkan dengan nama orang lain. Bagaimanakah cara untuk membatalkan nama tersebut dan memasukkan nama saya?
  1. Saya telah memuat turun dokumen-dokumen yang diperlukan, namun berlaku kesulitan (*error 404*). Apakah yang harus saya lakukan?
  • Berkemungkinan besar akses internet ditempat anda adalah perlahan. Sila gunakan internet di tempat lain yang lebih laju atau gunakan internet pada waktu malam untuk mendapatkan akses yang lebih laju.
  1. Saya telah mendaftar dan mengisi permohonan melalui sistem e-tukar, masalah yang saya hadapi ialah saya tidak dapat menyimpan dan menghantar permohonan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
  • Sila maklumkan kepada BPSM, KPM melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. nyatakan masalah anda pada ruangan subjek semasa menghantar emel untuk memudahkan kami membantu anda.
  1. Bagaimanakah saya membuat rayuan sekiranya permohonan saya gagal?
  • Tiada sebarang rayuan yang boleh dilakukan. Anda boleh membuat permohonan baru pada sesi yang seterusnya.
  1. Bagaimanakah untuk membatalkan permohonan dalam sistem e-tukar?
  • Pembatalan permohonan boleh dilakukan dengan memberitahu pengesah I dan II agar tidak menyokong permohonan anda serta mencatatkan “pembatalan permohonan” pada ruangan catatan.
  1. Saya telah membuat permohonan sebanyak 2 kali dalam sisteme-tukar namun gagal. Kali ke 3 saya membuat permohonan, aplikasi memberitahu bahawa ID dan katalaluan saya tidak tepat. Adakah saya perlu membuat pendaftaran baru?
  • Tidak perlu. Sila gunakan ID dan katalaluan yang sama dengan tepat. Sekiranya anda masih tidak boleh login, sila hubungi kami ditalian 03-8884 7754/ 7759/ 7760 pada waktu pejabat untuk bantuan.
  1. Bolehkah saya memuat turun laporan daripada pihak polis untuk menggantikan Kad Pengenalan/Surat Beranak saya/suami/anak saya yang hilang?
  • Boleh
  1. Saya menghadapi masalah dalam melengkapkan permohonan dalam e-tukar. Terdapat bahagian wajib yang tidak dapat dilengkapkan atas sebab tiada jawapan bagi bahagian itu dan saya tidak dapat melengkapkannya. Sehingga sekarang saya tidak dapat menghantar permohonan saya kerana permohonan tidak lengkap. Apakah yang perlu saya lakukan?
  • Semua permohonan perlu dilengkapkan, kegagalan melengkapkan permohonan akan menyebabkan permohonan anda tidak boleh dihantar.

 

 

  • Hits: 5580
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.