Permohonan/Kelayakan Permohonan Prauniversiti
KOLEJ TINGKATAN 6
1. Apakah syarat kelayakan memohon Kolej Tingkatan 6?
- Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
2. Bagaimanakah untuk memohon ke Kolej Tingkatan 6?
- Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
MATRIKULASI
Permohonan/Kelayakan Matrikulasi
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
1. Apakah prosedur pengambilan murid ke program Prauniversiti di SSM?
- Permohonan menggunakan sistem permohonan atas talian Program PraUniversiti melalui laman web KPM https://prau.moe.gov.my/.
Pelajar perlu mencetak salinan dan mendapatkan ulasan daripada jurulatih dan pihak sekolah.
SYARAT-SYARAT AM | |
1.1 |
Mewakili negeri/negara. |
1.2 |
Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. |
1.3 |
Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan. |
1.4 |
Hendaklah mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK). |
1.5 |
Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit. |
1.6 |
Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan. |
2.0 | PANDUAN PEMOHONAN | ||
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut: |
|||
2.1 |
Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN |
||
2.2 |
Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap |
||
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih |
|||
b. Ruang F. Ulasan PK Sukan / PK Ko Kurikulum |
|||
c. Ruang G. Perakuan |
|||
d. Ruang H. Pengesahan |
|||
2.3 |
Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada : |
||
Pengarah |
|||
Nota Penting : |
|||
|
3.0 |
SYARAT -SYARAT KHAS |
A. ALIRAN SAINS |
B. ALIRAN PENGURUSAN |
C. ALIRAN SASTERA |
Sekurang-Kurangnya Mendapat Kepujian Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ; |
Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ; |
Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris; |
Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut: |
Lulus Sekurang-Kurangnya 2 Mata Pelajaran Yang Berikut: |
Lulus Sekurang-Kurangnya 3 Mata Pelajaran Yang Berikut: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ASASI
1. Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
2. Program Pengajian UA dan Politeknik Premier
- Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:
- Semua program pengajian di UiTM;
- Asasi UIAM;
- Asasi Sains UM;
- Asasi UNIMAS;
- Asasi UMS; dan
- Asasi UniSZA
3. Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:
- Asasi Pengajian Islam UM;
- Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
- Tahmidi USIM;
- Asasi UKM, UUM; dan
- Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
- Hits: 36610