Permohonan/Penggantian Sijil Matrikulasi

1. Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi KPM?

  • Semua pelajar yang telah tamat pengajian Program Matrikulasi KPM sejak tahun Sesi 1999/ 2000 layak untuk memohon Sijil Matrikulasi KPM.

2. Adakah pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 perlu memohon Sijil Matrikulasi KPM?

  • Tidak perlu. Pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 dan seterusnya akan diberi sijil secara automatik berserta transkrip akademik sekiranya memenuhi syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM.

3. Apakah syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM?

  • Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:
  • Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
  • Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
  • Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan
  • Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Bagaimanakah saya hendak memohon Sijil Matrikulasi KPM?

  • Sijil Matrikulasi KPM boleh dimohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my bermula pada 1 Januari 2017. Sila ikuti panduan yang disediakan dalam borang permohonan tersebut.

5. Bilakah tarikh tutup permohonan Sijil Matrikulasi KPM?

  • Tiada tarikh tutup dan permohonan dibuka sepanjang tahun.

6. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM?

  • Tiada sebarang bayaran.

7. Apakah alamat emel yang boleh digunakan untuk menghantar borang permohonan saya?

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

8. Berapa lamakah masa untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM selepas membuat permohonan?

  • 30 hari bekerja selepas borang permohonan diterima oleh Bahagian Matrikulasi.

9. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi untuk sebarang pertanyaan berkaitan Sijil Matrikulasi KPM?

  • Bahagian Matrikulasi boleh dihubungi di talian 03 – 8884 4083.

10. Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan Sijil Matrikulasi KPM?

  • Boleh, dengan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM50.
  • Hits: 3620
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.