Permohonan/Kelayakan Permohonan Prauniversiti

KOLEJ TINGKATAN 6

1. Apakah syarat kelayakan memohon Kolej Tingkatan 6?

  • Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

2. Bagaimanakah untuk memohon ke Kolej Tingkatan 6?

  • Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

MATRIKULASI

1. Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

  • Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan PMI (Permohonan Melalui Internet) dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional(BSN) sebanyak RM10.00 (tidak termasuk GST).

2. Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan?

  • PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November tahun pemohon menduduki SPM.

3. Apakah program yang ditawarkan?

  1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua (2) semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
  2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat (4) semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

4. Apakah bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh Program Matrikulasi, KPM?

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Perakaunan
  3. Aliran Teknikal

5. Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?

  • Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi KPM.

6. Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

  • Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan 10% Kokurikulum.

7. Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?

  • Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah kolej Mara seperti berikut:
    1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
    2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
    3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
    4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
    5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
    6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
    7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
    8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
    9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
    10. Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
    11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
    12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
    13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang.
    14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.
    15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian.
    16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
    17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

8. Apakah syarat kelayakan minimum? Dan apakah mata pelajaran yang dikira merit?

  • Bermula pengambilan pelajar baharu sesi 2017/2018, jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambilkira dalam pengiraan merit:

JURUSAN SAINS

JURUSAN PERAKAUNAN

ALIRAN TEKNIKAL

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA INGGERIS

C

BAHASA INGGERIS

C

BAHASA INGGERIS

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

KIMIA

C

FIZIK/ KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN / SAINS PERTANIAN /
PERTANIAN/ EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA CIPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI /
SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN / 
EKONOMI ASAS/ EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH/ TASAWWUR ISLAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 
(DUA (2) TERBAIK)

C

FIZIK

C

FIZIK/BIOLOGI
(SALAH SATU)

   

C

BIOLOGI/ SAINS TAMBAHAN/ TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ ASAS KELESTARIAN/ SAINS PERTANIAN/ PERTANIAN/ 
EKONOMI RUMAH TANGGA/ SAINS RUMAH TANGGA/ REKA CIPTA/ TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI/ 
SAINS KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ LUKISAN KEJURUTERAAN/ GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL/ PRINSIP PERAKAUNAN/ EKONOMI ASAS/ 
EKONOMI/ PERDAGANGAN/ PERNIAGAAN/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL/
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 
(SALAH SATU)

       

LULUS

KIMIA

LULUS

SEJARAH

LULUS

SEJARAH

LULUS

SEJARAH

MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP UNTUK PENGIRAAN MERIT

 9. Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon?

  • Pelajar PST boleh memohon PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh memohon PDT.

10. Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?

  • Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej apabila anda mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

11. Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

  • Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat melalui pengarah kolej (secara bertulis).
  • Jika 5 hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

12. Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

  1. Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.
  2. Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  3. Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

13. Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia?

  • Ya, hanya pelajar Aliran Teknikal sahaja dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan ditempatkan di Semenanjung Malaysia.

14. Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

  • Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

15. Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

  • Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

16. Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

  • Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:
    1. Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf.
    2. Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (luar negara).
    3. Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di IPTA.
    4. Mengikuti Program Tahmidi perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
    5. Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara.
    6. Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
    7. Sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh jawatankuasa di Bahagian Matrikulasi.

 SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

1. Apakah prosedur pengambilan murid ke program Prauniversiti di SSM?

  • Permohonan menggunakan sistem permohonan atas talian Program PraUniversiti melalui laman web KPM https://prau.moe.gov.my/

Pelajar perlu mencetak salinan dan mendapatkan ulasan daripada jurulatih dan pihak sekolah.

  SYARAT-SYARAT AM

1.1

Mewakili negeri/negara.

1.2

Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

1.3

Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

1.4

Hendaklah mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

1.5

Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

1.6

Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.

 

2.0 PANDUAN PEMOHONAN
 

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

2.1

Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN

2.2

Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap

 

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih

 

b. Ruang F. Ulasan PK Sukan / PK Ko Kurikulum

 

c. Ruang G. Perakuan

 

d. Ruang H. Pengesahan

2.3

Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada :

 

Pengarah 
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 PUTRAJAYA 
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

 

Nota Penting :

 

· 

Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.

 

3.0

SYARAT -SYARAT KHAS

A. ALIRAN SAINS

B. ALIRAN PENGURUSAN

C. ALIRAN SASTERA

Sekurang-Kurangnya Mendapat Kepujian Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ;

Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ;

Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris;

Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:

Lulus Sekurang-Kurangnya 2 Mata Pelajaran Yang Berikut:

Lulus Sekurang-Kurangnya 3 Mata Pelajaran Yang Berikut:

  • Biologi
  • Perdagangan
  • Perdagangan
  • Fizik
  • Ekonomi Asas
  • Ekonomi Asas
  • Kimia
  • Prinsip Akaun
  • Prinsip Akaun
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Inggeris
  • Teknologi Maklumat
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Perdagangan
  • Rekacipta
  • Rekacipta
  • Ekonomi Asas
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Prinsip Akaun
  • Sains Tambahan
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Maklumat
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Sains Sukan
  • Sains Sukan
  • Rekacipta
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Moral
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam
  • Sains Sukan
 
  • Geografi

ASASI

1. Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

2. Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

  • Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja: 
    • Semua program pengajian di UiTM;
    • Asasi UIAM;
    • Asasi Sains UM;
    • Asasi UNIMAS;
    • Asasi UMS; dan
    • Asasi UniSZA

3. Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
  • Hits: 5551
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.