logo.rasmi.bm

Penajaan SLAB / SLAI

1. Siapakah yang layak memohon SLAB dan SLAI?

  • SLAB :Tenaga pengajar akademik BUMIPUTERA di UA
  • SLAI :Tenaga pengajar akademik di UA (terbuka kepada semua kaum)

2. Siapakah golongan sasaran SLAB/SLAI?

Tutor, felo dan pensyarah di UA

3. Apakah peringkat pengajian yang ditawarkan?

  • SLAB :Sarjana dan Ijazah Kedoktoran
  • SLAI :Ijazah Kedoktoran atau setaraf

4. Dimanakah tempat pengajian dibenarkan?

Semua universiti luar dan dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
Bagi pengajian luar negara adalah mengambil kira ranking yang berikut :
  • 100 universiti terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Ranking mengikut tahun permohonan atau;
  • 50 universiti terbaik dunia berdasarkan QS world University Rankings by Subject mengikut tahun permohonan

5. Adakah pelajar yang ditaja akan terikat dengan sebarang perjanjian selepas habis belajar?

Ya. Semua penerima di bawah skim ini dikehendaki untuk menandatangani perjanjian dengan KPT untuk berkhidmat dengan UA selepas tamat kursus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

6. Apakah syarat–syarat untuk memohon SLAB/SLAI

  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat tawaran tempat pengajian
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas.
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain
  • Lulus tapisan keselamatan kerajaan
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)

7. Apakah syarat tambahan untuk permohonan bagi pengajian di luar negara?

  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sma ada TOEFL 600 (paper-based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5.
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara

8. Apakah jenis elaun dan kemudahan yang ditawarkan?

  • Elaun yang dibayar adalah mengikut kadar yang ditetapkan dari masa ke semasa
  • Elaun dan kemudahan pegawai akan dibayar terus oleh Bahagian Biasiswa KPT
  • Elaun dan kemudahan bagi keluarga pegawai akan dibayar oleh pihak universiti majikan
  • Gaji yang diterima oleh pegawai semasa mengikuti pengajian akan dibayar oleh universiti majikan
  • Jenis-jenis elaun dan kemudahan yang diterima berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuatkuasa:
  • Bulanan
    • Elaun Sara Hidup
    • Elaun Bantuan Keluarga (Majikan)
    • Elaun Bantuan Sewa Rumah (Majikan)
  • Tahunan
    • Elaun Buku
    • Elaun Alat Perkakas
  • Sekali Sepanjang Pengajian
    • Elaun Penempatan
    • Elaun Bantuan Penyediaan Tesis
    • Elaun Akhir Pengajian
    • Tambang perjalanan (pergi dan balik)
    • Elaun Pakaian Panas
    • Elaun Pakaian panas Keluarga (Majikan)
    • Tambang Perjalanan Keluarga (Majikan)

Penajaan Sub Kepakaran (SK)

9. Siapakah yang layak memohon?

  • Program ini dibuka kepada tenaga pengajar akademik di UA untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Lanjutan
  • Pensyarah hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran

10. Di manakah tempat pengajian yang dibenarkan?

  • Semua universiti/ hospital dalam dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Penajaan ke universiti luar negara mengambil kira ranking yang berikut;
  • 50 universiti terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings mengikut tahun permohonan; ATAU
  • 50 universiti terbaik dunia berdasarkan QS World University Rankings by Subject mengikut tahun permohonan

11. Apakah ikatan perjanjian yang dikenakan kepada penerima Biasiswa ini?

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

12. Apakah syarat-syarat yang diperlukan?

  • Warganegara Malaysia;
  • Telah disahkan dalam jawatan;
  • Bebas daripada tindakan tatatertib;
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;
  • Diperakukan oleh pihak majikan;
  • Tempoh kursus tidak melebihi dua (2) tahun dalam negara ATAU satu (1) tahun luar negara ATAU kedua-duanya bersekali secara berturut-turut;
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan
  • IELTS/TOEFL dikecualikan

13. Apakah elaun dan kemudahan yang disediakan?

  • Elaun dan kemudahan yang dibayar adalah mengikut kadar elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa
  • Gaji yang diterima oleh pegawai semasa mengikut pengajian akan dibayar oleh universiti majikan
  • Jenis-jenis elaun dan kemudahan yang diterima (berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuatkuasa);
  • Bulanan
    • Elaun Sara Hidup
  • Tahunan
    • Elaun buku Elaun Alat Perkakas
  • Sekali Sepanjang Pengajian
    • Elaun Penempatan
    • Tambang Perjalanan Pergi dan Balik
    • Elaun Akhir Pengajian
    • Elaun Pakaian Panas

Penajaan Pasca Kedoktoran (PD)

14. Siapakah yang layak memohon?

Program ini dibuka kepada tenaga pengajar akademik UA untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Lanjutan
Pensyarah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran

15. Di manakah tempat pengajian yang dibenarkan?

  • Semua universiti dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Penajaan ke universiti luar negara mengambil kira ranking yang berikut;
  • 50 universiti terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings mengikut tahun permohonan; ATAU
  • 50 universiti terbaik dunia berdasarkan QS World University Rankings by Subject mengikut tahun permohonan

16. Apakah syarat-syarat yang diperlukan?

  • Warganegara Malaysia
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bebas dari tindakan tatatertib
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran
  • Diperakukan oleh pihak majikan
  • Tempoh kursus tidak melebihi dua (2) tahun
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan
  • IELTS/TOEFL dikecualikan

17. Apakah elaun dan kemudahan yang disediakan?

  • Elaun dan kemudahan yang dibayar adalah mengikut kadar elaun dan kemudahan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa
  • Gaji yang diterima oleh pegawai semasa mengikut pengajian akan dibayar oleh universiti majikan
  • Jenis-jenis elaun dan kemudahan yang diterima (berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuatkuasa);
  • Bulanan
    • Elaun Sara Hidup
  • Tahunan
    • Elaun buku Elaun Alat Perkakas
  • Sekali Sepanjang Pengajian
    • Elaun Penempatan
    • Tambang Perjalanan Pergi dan Balik
    • Elaun Akhir Pengajian
    • Elaun Pakaian Panas

Bantuan Kewangan Asasi

18. Siapakah yang layak menerima Bantuan Kewangan Asasi?

Pelajar- pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di UA

19. Apakah senarai universiti yang menawarkan program asasi di Malaysia?

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

20. Apakah ikatan perjanjian yang dikenakan sekiranya menerima Bantuan Kewangan Asasi?

Pelajar dikehendaki menandatangani perjanjian dengan seorang penjamin.
Tiada bayaran denda dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.

21. Apakah syarat-syarat kelayakan atau pemohonan bantuan kewangan ini?

Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya
Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Tawaran kepada pelajar baharu dibuat secara automatik berdasarkan tawaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia
Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang Portal Bahagian Biasiswa KPT dalam tempoh tawaran kemasukan dikeluarkan. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran yang menandungi item-item berikut;
  • Surat Tawaran
  • Borang Perjanjian (3 salinan, borang kososng boleh difotokopi)
  • Borang penyata Kewangan apenjamin
  • Panduan Mengisi Borang Perjanjian
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir UA semasa hari pendaftaran; dan
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester

Biasiswa MyBrainSC

22. Siapakah yang layak memohon Biasiswa ini?

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah sepenuh masa dalam bidang sains tulen (fizik, kimia, matematik dan biologi) di UA atau universiti terkemuka dunia atau bertaraf ivy league.

23. Apakah pempat pengajian yang dibenarkan?

  • Semua UA
  • IPTS yang terpilih; dan
  • Universiti terkemuka dunia yang terpilih dalam bidang sains tulen.

24. Apakah ikatan perjanjian yang dikenakan?

  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian; dan
  • Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;
    • Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
    • Calon menarik diri dalam tempoh penajaan tanpa kebenaran

25. Apakah tatacara permohonan bagi biasiswa ini?

  • Permohonan Biasiswa ini dibuka setahun sekali menerusi laman Portal Sistem Permohonan Biasiswa MyBrainSc.
  • Permohonan hendaklan dibuat secara online mengikut tempoh yang ditetapkan.

26. Apakah kategori yang ada dalam permohonan bisiswa ini?

Peringkat PhD
  • Calon Adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa diperingkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-man sector awam/ swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang berada di semester akhir di peringkat sarjana.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mengikuti pengajian secara penyelidikan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang tersenarai di portal MyBrainSc.
Peringkat sarjana
  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh permohonan
  • Calon mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sians tulen iaitu PNGK 3.65 atau Kelas Pertama bagi program yang tidak menggunakan PNGK;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kotrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau phak penaja bersedia melepaskan ikatan kotrak jika ditawarakan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam / swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen juga layak memohon;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang tersenarai di dalam portal.
Peringkat Ijazah Pertama
  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Berumur tidah melebihi 21 tahun pada tarikh permohonan
  • Calon mempunyai PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma/ 1800/ 2400 dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir diperingkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma/ SAT/ IB/ A Level; dan
  • Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja

27. Apakah syarat tambahan bagi pemohonan pengajian luar negara?

  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang dipersetujui oleh Kementerian; dan
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara

28. Apakah elaun dan kemudahan yang ditaja oleh Kementerian?

  • Elaun Sara Hidup
    • Luar negara – di bayar setiap 3 bulan
    • Dalam negara – di bayar setiap semester
    • Kadar mengikut lokasi IPT
  • Elaun Buku
    • Dibayar setahun sekali
  • Elaun Alat Perkakas
    • Dibayar setahun sekali
  • Elaun Pakaian Panas
    • Dibayar sekali bagi IPT beriklim sederhana
  • Elaun Penempatan
    • Dibayar sebelum ke luar negeri
    • Kadar mengikut lokasi IPT
  • Yuran Pengajian
    • Dibayar kepada IPT berdasarkan kepada inbois yang dihantar kepada Kementerian
  • Elaun Tesis
    • Dibayar sekali setelah tamat pengajian dengan disertakan sesalinan tesis dan surat keputusan Senat
    • Kadar mengikut mod pengajian dan lokasi IPT
  • Elaun Akhir Pengajian
    • Dibayar sekali di akhir pengajian
  • Tambang Kapal Terbang
    • Dibayar sekali semasa pergi dan balik dengan kelayakan kelas ekonomi bagi pengajian luar negara
    • Dibayar sekali setahun bagi pelajar Sabah/Sarawak yang menuntut di Semenanjung atau sebaliknya bagi pengajian dalam negara.
  • Elaun Komputer
    • Sekali sepanjang pengajian bagi pengajian dalam negara.
  • Hits: 28355

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Mei 2019, 15:09.