Penajaan SLAB/SLAI

1.

Siapakah yang layak memohon SLAB dan SLAI? 

 

SLAB: Tenaga pengajar akademik Bumiputera di UA

SLAI: Tenaga pengajar akademik di UA (terbuka kepada semua kaum)

2.

Siapakah golongan sasaran SLAB/SLAI? 

 

Tutor, felo dan pensyarah di UA

3.

Apakah peringkat pengajian yang ditawarkan? 

 

Ijazah Kedoktoran atau setaraf

4.

Dimanakah tempat pengajian yang dibenarkan? 

 

Semua universiti luar dan dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

Bagi pengajian luar negara adalah mengambil kira ranking yang berikut:

50 universiti terbaik dunia berdasarkan QS World University Rankings (Keseluruhan) atau QS by Subject mengikut tahun permohonan.

5.

Adakah pelajar yang ditaja akan terikat dengan sebarang perjanjian selepas habis belajar? 

 

Ya. Semua penerima di bawah skim ini dikehendaki untuk menandatangani perjanjian dengan KPM untuk berkhidmat dengan UA selepas tamat kursus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Setiap calon yang ditaja melalui kedua-dua skim biasiswa SLAB/SLAI mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama UA selaku majikan dan Kementerian bagi pihak Kerajaan. Kegagalan mematuhi perkara ini akan menyebabkan tawaran biasiswa ditarik balik.

Pihak UA akan bertanggungjawab dalam urusan pembayaran gaji/elaun semasa belajar termasuk kemudahan-kemudahan yang disediakan bagi keluarga pelajar manakala bagi urusan Biasiswa seperti elaun sara hidup, elaun buku, perkakas, yuran pengajian dan lain-lain kemudahan yang layak akan diuruskan oleh Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

6.

Apakah syarat–syarat untuk memohon SLAB/SLAI dan melalui siapa? 

 

Syarat–syarat untuk memohon SLAB/SLAI adalah seperti berikut:

 

  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat tawaran tempat pengajian
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas.
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain
  • Lulus tapisan keselamatan kerajaan
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)
  • Penajaan adalah berbentuk single programme iaitu tanggungan terhadap pegawai sahaja tidak termasuk kos-kos yang melibatkan keluarga.
  • Pegawai yang pasangannya juga menerima biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan akan ditawarkan program mengikuti pasangan (Spouse Programme)
  • Pegawai yang sedang mengikuti pengajian di Luar Negara dan kembali ke Malaysia dalam tempoh penajaan atas sebab bercuti dan seumpamanya tanpa kebenaran majikan dan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM akan dikenakan tindakan.

Nota: Semua permohonan perlu dikemukakan kepada UA selaku majikan untuk perakuan dan kelulusan. Majikan akan mengemukakan senarai nama calon beserta dokumen permohonan lengkap yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Universiti melalui Sistem Penajaan (eSP) dan hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan.

7.

Apakah syarat tambahan untuk permohonan bagi pengajian di luar negara? 

 

Syarat tambahan untuk permohonan bagi pengajian di luar negara adalah seperti berikut:

 

(i)

Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper-based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau lulus IELTS dengan keputusan keseluruhan band 6.5. Tempoh sah laku adalah 2 tahun dari tarikh sijil dikeluarkan bagi pengajian di luar Negara.

 

(ii)

Memohon Tapisan Keselamatan Kerajaan

 

(iii)

Memohon di universiti yang berada dalam ranking yang ditetapkan Kementerian

8.

Apakah jenis elaun dan kemudahan yang ditawarkan? 

 

 

PELAJAR TAJAAN DALAM NEGARA

 

Bil 

 

Kemudahan

 

Pembayaran ke   

Akaun Pelajar 

 

Pembayaran

Secara Tuntutan  

1

Elaun Sara Hidup

   

 

2

Elaun Buku

   

 

3

Elaun alat Perkakas

   

 

4

Elaun Penempatan

 

   

5

Elaun Akhir Pengajian 

(Lampiran A10)

 

   

6

Tesis

 

 

 

 

 

PELAJAR TAJAAN LUAR NEGARA

 

Bil  

 

Kemudahan

 

Pembayaran ke  

Akaun Pelajar

 

Pembayaran

Secara Tuntutan 

1

Elaun Sara Hidup

   

 

2

Elaun Buku

   

 

3

Elaun Alat Perkakas

   

 

4

Elaun Penempatan

 

 

5

Elaun Akhir Pengajian

 

 

6

Insuran Kesihatan

 

   

7

Visa

 

   

8

Pasport

 

   

9

Perubatan

 

   

10

Pergigian

 

   

11

Tambang Penerbangan

 

   

12

Insuran Kesihatan

 

   

13

Agen Rumah/

Key Money

 

 

   

14

Lesen Pergigian

 

   

15

*Health Surcharge

(pelajar UK sahaja)

 

   

16

Tesis

 

 

 

 

9.

Bagaimana proses pembayaran biasiswa dibuat? 

 

Bayaran pertama akan diproses selepas borang perjanjian dan maklumat bank lengkap diterima oleh Bahagian Biasiswa KPM

 

 

Bil 

Tajaan Dalam Negara

Tajaan Luar Negara

1.

Bayaran pertama bagi Elaun Sara Hidup mengikut tarikh mula penajaan.

Bayaran pendahuluan 3 bulan Elaun Sara Hidup (panjar) ke dalam akaun dalam negara

2.

Bayaran kedua mengikut takwim yang dikeluarkan oleh Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Bayaran kedua selepas akaun Luar Negara dibuka dan diserahkan kepada Bahagian Biasiswa bersama Borang Maklumat Bank Luar Negara

3.

 

Menerima bayaran ketiga bagi Elaun Sara Hidup mengikut takwim yang dikeluarkan oleh Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Jadual pembayaran Elaun Sara Hidup (ESH) adalah seperti berikut:

Bil 

Tempoh

Jangkaan Kredit

1

Februari - Mei

Peghujung bulan Januari

2

Jun - September

Penghujung bulan Mei

3

Oktober - Januari 

Penghujung bulan September 

 

10.

Bagaimana proses pembayaran yuran dibuat? 

 

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM akan menanggung yuran pengajian pelajar tajaan sepanjang tempoh penajaan. Pembayaran yuran akan diproses setelah menerima invois daripada Universiti pengajian pelajar tajaan. Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar tajaan untuk memastikan tindakan berikut diambil sebaik mendaftar di universiti pengajian:

 

Bil 

Tindakan Pelajar Tajaan

Tajaan Dalam Negara

Tajaan Luar Negara

1.

Menyerahkan surat tawaran kepada Bahagian Kewangan dan Bendahari Universiti pengajian

Menyerahkan Financial Affidavit kepada Bahagian Kewangan dan Bendahari Univerisiti pengajian

2.

Membuat semakan akaun pelajar bagi yuran pengajian sebelum setiap akhir semester pengajian

Membuat semakan akaun pelajar bagi yuran pengajian sebelum setiap akhir semester pengajian

3.

 

Mengemukakan invois yuran pengajian kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (jika berkaitan)

  * kegagalan pelajar tajaan mengambil tindakan ini akan menyebabkan invois tidak dikemukakan ke Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM dan mengakibatkan kelewatan pembayaran.

  • Hits: 924
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.