Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Simposium Kebangsaan Pendidikan Manusiawi Kali Pertama Tahun 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Pendidikan Manusiawi Kali Pertama Tahun 2026 pada ketetapan berikut:

SIMPOSIUM KEBANGSAAN PENDIDIKAN MANUSIAWI KALI PERTAMA TAHUN 2026

Tarikh: 07 hingga 09 Julai 2026 (Selasa hingga Khamis)
Tema: Pendidikan Manusiawi: Mendepani Revolusi Pendidikan 5.0 Berteraskan Teknologi dan Nilai Kemanusiaan
Tempat: Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, Pahang
Medium: Bersemuka dan Secara Dalam Talian

Semua warga pendidik adalah dijemput untuk menyertai slot-slot dalam simposium ini secara dalam talian yang akan diadakan seperti berikut:

07 JULAI 2026 (SELASA)


Pautan EduwebTV KPM:
https://www.youtube.com/live/oYMnjVSOEcE

Bicara Profesional Kementerian Pendidikan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 Melalui Lensa Pendidikan Manusiawi

Masa: 2.00 – 4.00 petang
Tarikh: 08 JULAI 2026 (RABU)

Pautan EduwebTV KPM:
https://www.youtube.com/live/7wweAedR0tE

Pertandingan Amalan Terbaik Program Sekolah Khusus Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

 

Masa:
Slot Pembentangan 1: 8.00 pagi – 10.00 pagi
Slot Pembentangan 2: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Slot Pembentangan 3: 2.00 petang – 4.00 petang

09 JULAI 2026 (KHAMIS)
Pautan EDUWEBTV KPM:
https://www.youtube.com/live/SRsRt-JUsHs

Bicara Hati ke Hati Mendidik dengan Hati: Sentuhan Manusiawi dalam Pendidikan Masa Kini
Masa: 8.00 pagi – 9.00 pagi

Forum Pendidikan Manusiawi Pendigitalan Pendidikan untuk Semua: Merapatkan Jurang dan Memperluas Peluang

Masa: 9.10 pagi – 10.10 pagi

Majlis Perasmian Penutupan
Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari

Semua warga pendidik juga adalah dijemput untuk melayari laman web rasmi simposium ini di pautan berikut:

Pautan Laman Web Rasmi SKPM 2026:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/simposium-pendidikan-2026/

#SKPManusiawi2026

Hits : 53