Ahli Panel Jemputan

Antara ahli akademik dan tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa yang akan menyumbangkan idea dan berkongsi ilmu dalam seminar ini ialah:

Penyampai ucaptama

Muat Turun Slide

YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Pengerusi/Pengasas Yayasan Budi Penyayang Malaysia

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Mohd Noor Merican

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Plenari

Plenari 1: Bahasa Melayu Bahasa ASEAN

Prof. Madya Dr. Ahmad Omar
Timbalan Rektor Universiti Fatoni, Thailand

Plenari 2: Bahasa Melayu Bahasa ASEAN

Tuan Zafilin Abdul Hamid
Timbalan Pengarah
Cawangan Bahasa Ibunda
Kementerian Pendidikan Singapura

Panel Forum

YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ahli Parlimen Lembah Pantai

YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan

Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)

Puan Nisah Haron

Novelis Prolifik

Moderator

Encik Fedtri Yahya

Personaliti TV

Pendaftaran

Daftar dan Muat Turun Aplikasi Seminar
Penyertaan adalah PERCUMA dan semua dijemput hadir.
Sila daftar secara atas talian untuk menyertai seminar ini dengan mengklik butang di bawah.

SEMINAR MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU 2019

Kebitaraan Bahasa Melayu Pemangkin Ilmu Budaya Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020 pada tahun 2016. Pelan ini bertujuan untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan tinggi terus diperkukuh selaras dengan Perlembagaan serta sebagai pembentuk jati diri bangsa Malaysia dan generasi akan datang.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dianjurkan sebagai salah satu usaha menggalakkan ahli akademik dan penjawat awam memperkaya dan memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Seminar pada tahun ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia dan menyasarkan penyertaan dalam kalangan ahli akademik, warga KPM, penjawat awam dari pelbagai agensi/kementerian, pemimpin pelajar serta penggiat industri.

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu tahun 2019 dilaksanakan berdasarkan objektif berikut:

Objektif

Perkongsian Ilmu

Berkongsi ilmu dan pengalaman daripada tokoh bahasa Melayu tempatan dan antarabangsa bagi mendaulatkan Bahasa Melayu.

Peningkatan Kesedaran

Mendaulatkan serta memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu di kalangan IPT.

Merintis Pencerahan

Merintis pencerahan bagi isu berkaitan bahasa Melayu melalui forum ilmiah

Menyebar Luas

Menyebar luas maklumat dan inisiatif kementerian bagi memartabatkan bahasa Melayu kepada semua ahli akademik yang hadir.

Aturcara

Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tahun 2019

Tema

Kebitaraan Bahasa Melayu Pemangkin Ilmu Budaya Tinggi

17 September 2019 (Selasa), Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor

8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
8.30 pagi
Ketibaan Tetamu Undangan dan Tetamu Kehormat
9.00 pagi
Lagu Negaraku dan Doa
9.10 pagi

Ucapan Perasmian:

YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor
Naib Canselor UKM
9.30 pagi

Ucaptama 1:

YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Pengerusi/Pengasas Yayasan Budi Penyayang Malaysia
10.30 pagi

Pidato Pelajar Antarabangsa:

Cik Nafisa Mayukh
Naib Johan Pidato Pelajar Antarabangsa dari Bangladesh
11.00 pagi
Minum pagi
11.30 pagi

Plenari 1: Bahasa Melayu Bahasa ASEAN

Prof. Madya Dr. Ahmad Omar
Timbalan Rektor Universiti Fatoni, Thailand
12.00 tgh. hari

Plenari 2: Bahasa Melayu Bahasa ASEAN

Tuan Zafilin Abdul Hamid
Timbalan Pengarah Cawangan Bahasa Ibunda
Kementerian Pendidikan Singapura
12.30 tgh. hari
Makan tengah hari/ rehat
2.30 petang

Ucaptama 2:

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Mohd Noor Merican
Profesor
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3.00 petang

Forum:

Pemartabatan Bahasa Melayu dalam Membina Masyarakat Berbudaya Tinggi

Panel:

1) YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Ahli Parlimen Lembah Pantai

2 ) YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan
Ketua Satu,
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)

3) Puan Nisah Haron
Novelis Prolifik

Moderator:

Encik Ahmad Fedtri Yahya

4.30 petang

Persembahan Deklamasi Puisi:

1) Dato’ Seri (Dr.) A. Samad Said
Sasterawan Negara

5.00 petang

Majlis Perasmian Penangguhan dan Lawatan Tapak Pameran

YB Dr. Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
5.30 petang
Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata
6.00 petang
Sesi Bergambar

Bersurai

Hubungi Kami

  • Puan Najlia Binti Mohd Nasir

    03-8870 5064

  • Puan Noridah Binti Lohang

    03-8870 5064

  • Alamat

    Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
    Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
    Aras 13, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. Putrajaya

Hak Cipta Terpelihara © 2019  Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)