SOALAN LAZIM

1. Apakah definisi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)?

  • Definisi PSH berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011 -  2020 ialah “pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional.”
  • Pelajar profesional adalah mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa di sekolah, kolej atau universiti dengan tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik atau kemahiran.

2. Bagaimanakah struktur tadbir urus PSH?

  • PSH ditadbir urus melalui 2 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Nasional PSH yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pendidikan dan Jawatankuasa Teknikal PSH dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Manakala Bahagian Perancangan Dan Penyelarasan Dasar (BPPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku Sekretariat PSH Peringkat Nasional dipertanggungjawabkan untuk menyelaras urusan PSH di peringkat nasional.

3. Siapakah Kementerian pelaksana PSH?

  • Terdapat sebanyak 15 buah Kementerian pelaksana PSH iaitu:
    • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
    • Kementerian Sumber Manusia (KSM);
    • Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);
    • Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA);
    • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM);
    • Kementerian Belia Dan Sukan (KBS);
    • Kementerian Industri Utama (MPI);
    • Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC);
    • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
    • Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS);
    • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP);
    • Kementerian Kerja Raya (KKR);
    • Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC);
    • Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI); dan
    • Kementerian Pembangunan Usahawan
  • Di samping itu, pembekal PSH yang juga turut terdiri dalam kalangan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama merancang dan menyediakan pelbagai program dan latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti oleh semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan agama.

4. Apakah kategori pembelajaran di dalam PSH?

    • Formal
    • Bukan Formal
    • Tidak Formal
  • Hits: 1115

Hak Cipta Terpelihara© 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan Terbaik Pada Resolusi 1920 x 1080

Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.

Dasar Keselamatan   |   Dasar Privasi   |   Penafian