PELAN INDUK

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN PELAN INDUK PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERINGKAT NASIONAL 2011 – 2020

PELAN INDUK PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2011- 2020

Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional, 2011-2020 telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Modal Insan (JKPMI) pada 20 Ogos 2010.  Mesyuarat telah bersetuju supaya semua strategi dan pelan tindakan PSH yang tersenarai dalam Pelan Induk tersebut dilaksanakan secara menyeluruh.

Pelan Induk ini mengandungi 2 objektif utama iaitu:

  • Memastikan PSH menjadi gaya hidup rakyat Malaysia bagi melengkapi diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran; dan

  • PSH menjadi pemangkin kepada pembentukan pembelajaran komuniti dalam setiap organisasi.

Antara strategi yang digariskan di bawah Pelan Induk ini adalah:

  • meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi PSH;

  • meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang awam dalam PSH;

  • memastikan kesinambungan dan pengiktirafan PSH;

  • menyediakan sokongan kewangan untuk PSH.

Kejayaan pelaksanaan PSH ialah apabila pembudayaan PSH di kalangan setiap individu yang berbilang kaum di Malaysia dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti dan seterusnya kepada kemajuan Negara.

  • Hits: 1473

Hak Cipta Terpelihara© 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan Terbaik Pada Resolusi 1920 x 1080

Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.

Dasar Keselamatan   |   Dasar Privasi   |   Penafian