Ikon 7

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)​

NAMA NUR ZAKIAH BINTI DZULKIPLI
ALAMAT / ASAL KG. BARU, KUALA JEMAPOH, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
KATEGORI ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
JENIS PERNIAGAAN MENJUAL MINYAK WANGI (PERFUME)
KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI
BAGI PROGRAM PSH YANG DIAMBIL
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
PENERIMA BANTUAN (JIKA ADA) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

1. Latar Belakang Syarikat

  • Sejarah Penubuhan

Penama berumur 33 tahun dan merupakan seorang OKU ketidakupayaan fizikal dengan nombor pendaftaran PH050313000101. Penama yang masih bujang dan menetap bersama kedua ibu bapa kandung di Kampung Baru Kuala Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penama menghidap penyakit asma, darah tinggi serta penyakit saraf yang mengakibatkan sendi tangan dan kedua belah kakinya menjadi lemah. Kini penama hanya mampu bergerak dengan menggunakan kerusi roda.

Ibu penama merupakan suri rumah manakala bapanya adalah seorang pesara polis. Pada mulanya penama bekerja sebagai pembantu kedai di kedai telekomunikasi di Pekan Kuala Pilah bersama-sama dengan adik perempuannya. Ketika itu penama menerima pendapatan sekitar RM 450 sahaja sebulan. Galakan, bimbingan dan pandangan ahli keluarga serta majikannya iaitu En. Chong Joon Ket, penama dan adiknya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan minyak wangi secara kecil-kecilan dahulu sebagai permulaan dan percubaan. Penama merupakan seorang penerima bantuan kewangan bagi Skim Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM 350 sebulan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai April 2015 dan telah ditamatkan pada September 2017 yang lalu kerana pendapatannya telah melebihi syarat kelayakan bagi skim bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC).

Penama mengikuti Program 2 Years Exit Programme (2YEP) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) bernilai RM 2,700 ( sekaligus) sebanyak 2 kali iaitu pada Jun 2015 dan Disember 2016. Dengan bimbingan dan pandangan serta galakan daripada pegawai-pegawai JKM, agensi-agensi kerajaan dan swasta perniagaan penama berkembang maju dan pendapatan penama juga semakin meningkat sehinggakan penama mampu untuk menjana pendapatan sendiri sekaligus tidak bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan sahaja.

  • Keistimewaan Produk / Keistimewaan

Produk jualannya memperolehi Sijil Halal dan berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Penama memulakan projek perniagaannya sekitar bulan April 2015.

Keistimewaan Produk keluaran penama :-

    • Buatan Malaysia
    • Boleh dibawa bersolat
    • Kandungan intipati sebanyak 65% iaitu bertahan segar sehingga 12 Jam
    • Tiada Mikroorganisma berbahaya, COA No:MBC-2014-MR-0305
    • Jaminan wang balik
    • Tiada Logam berbahaya, COA No:MBC-2014-MB-0041
    • Haruman mengandungi Vitamin C, COA No:MBC-2014-CF-0178
    • Bauan haruman yang tidak berubah
    • Lulus ujian Laboratorum
    • No Pig & Animal Part, COA No:MBC-2014-MB-0041
    • Parfum original, jimat dan murah
  • Pasaran / Sasaran Pelanggan

Penama kini mampu mengajikan 3 orang pekerja dengan bayaran gaji sebanyak RM 900 sebulan bagi setiap pekerja. Selain itu, penama juga mempunyai 100 orang agen dan 20 orang OEM (Original Equipment Manufacturer). Pengertian OEM secara umum adalah perusahaan yang membuat produk bagi pihak lain untuk dikemas kini dan dijual kembali

Penama juga, memfokuskan kepada perniagaan wangian yang meliputi wangian diri bersesuaian dengan lelaki dan wanita bagi semua peringkat umur serta wangian bagi kenderaan seperti kereta, van dan sebagainya

2. Program pembangunan PKS anjuran kerajaan yang telah disertai / mendapat manfaat (jika ada)

  • Sebagai Panel di Program Seminar Productive Welfare (SSPVV) 2017 Peringkat Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Malaysia
  • Lawatan ke Industri Kecil Sederhana (IKS) di bagi 2 Years Exit Programme (2YEP) di Selangor pada 24 November 2016 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah di MPH Enterprise, Sekinchan Selangor, Hidayah Cookies, Kampung Sungai Kandis dan Zumart Trading Kg Hulu Teris, Selangor
  • Program “Jongok, Dapek ilmu... Bukan Jalan Sajo” pada 10 November 2016 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah di Kampung Ulu Chuchoh, Sg Pelek, Sepang
  • Bengkel “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan” bagi 2 Years Exit Programme (2YEP) 2017 pada 5 Oktober 2017 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan di Dewan The Cube, Seremban Plaza, Seremban
  • Bengkel Penyediaan Rekod Kemajuan & Rekod Perniagaan Klien 2 Years Exit Programme (2YEP) 2015 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah
  • Menyertai Karnival Minggu PKS 2017, Sempena Bulan Usahawan Negeri Sembilan pada 19 hingga 21 Mei 2017 di Mydin Mall Seremban 2
  • Menyertai Karnival Usahawan Industri Asas Tani & myGap Jabatan Pertanian Negeri Sembilan 2017 pada 25 hingga 27 Ogos 2017 di Palm Mall Seremban.

3. Kolaborasi (Jika ada)

  • Penerima Geran sekaligus dari SBGP-OKU Jabatan Tenaga Kerja pada Ogos 2017 yang bernilai RM 64,000
  • Penerima Geran sekaligus dari SME CORP pada Jun 2017 yang bernilai RM 12,000

4. Pencapaian / Anugerah yang telah diterima

  • Memiliki Sijil berdaftar dari Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Memiliki MITI SME CORP Level 2 Malaysia. (SME Competitiveness Rating For Enhancement M-Core)
  • Terpilih menyertai Program Tumit Tinggi, Episode 7 di TV1, Tarikh Siaran pada 25 Mac 2018 (Ahad) jam 12.05 pagi
  • Penerima Sijil Penghargaan Sempena Seminar Productive Welfare JKM ; Peserta 2YEP yang Berjaya Menjana RM10,000 ke atas
  • Memiliki Sijil Halal Malaysia bagi Produk Wangiannya

5. Perancangan di masa hadapan

Penama mempunyai perancangan untuk memiliki cawangan premis perniagaan di seluruh Malaysia dan antarabangsa serta produk keluarannya akan lebih dikenali ramai. Selain itu, penama juga ingin perniagaanya sentiasa konsisten dan berkembang lebih maju dari masa ke semasa.

  • Hits: 1188

Hak Cipta Terpelihara© 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan Terbaik Pada Resolusi 1920 x 1080

Tarikh Kemaskini 27 Mei 2020, 10:55.

Dasar Keselamatan   |   Dasar Privasi   |   Penafian