Informasi Umum

Sektor swasta memainkan peranan penting dalam menyokong sistem pendidikan negara. Atas kesedaran ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan inisiatif Kerjasama Awam-Swasta (PPP) dalam pendidikan sebagai satu usaha untuk mengiktiraf dan menggalakkan sektor swasta bersama - sama terlibat sebagai rakan dalam pendidikan di Malaysia.

Objektif PPP :

  • Memanfaatkan kelebihan pelbagai pihak yang berbeza dalam menyampaikan pendidikan berkualiti.
  • Meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah kerajaan dengan kerjasama dan komitmen pihak swasta sebagai rakan strategik kementerian.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan kerjasama pintar pihak swasta yang melaksanakan bidang keutamaan berfokus dan melaksanakan transformasi sistem sekolah secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang holistik seperti yang telah digariskan oleh KPM.
  • Meningkatkan bilangan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang menerima sumbangan dan pelibatan pihak swasta dalam aktiviti pendidikan secara langsung dan tidak langsung.

Spektrum Semasa Kerjasama Awam - Swasta (PPP) di KPM

  • Kerjasama Awam - Swasta (PPP) kini meliputi 3 kategori utama – Program Sekolah Amanah , Program Sekolah Angkat dan Tajaan Berbentuk One-Off
  • Takrifan sektor swasta adalah termasuk syarikat-syarikat besar, organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan alumni, syarikat swasta berskala kecil, dan juga individu-individu yang berkolaborasi dengan KPM

 
  • Hits: 14421

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.