Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN)

Inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia

 

OBJEKTIF

  1. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyediaan penyelesaian (providing solution) daripada IPT dan PRI kepada industri;
  2. Meningkatkan produktiviti melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian; dan
  3. Menggalakkan penyertaan penyelidik untuk memberikan penyelesaian berasaskan permintaan industri

 

SKOP PROJEK

Inovasi Produk

menambah baik atau menambah nilai produk sedia ada industri terutama yang berasaskan teknologi atau ke arah pensijilan

Inovasi Proses

menambaik baik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen dengan teknologi selaras dengan Industri 4.0.

 

SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN PROJEK

   1. SYARIKAT

  1. Terbuka kepada Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau agensi yang setaraf.
  2. Nilai jualan tahunan melebihi RM100,000 (dengan bukti penyata bank atau penyata akaun yang diaudit);
  3. Syarikat mestilah berdaftar dengan mana-mana agensi atau platform yang menilai prestasi syarikat seperti SME Corp, MOA, MESTECC dan lain-lain.
  4. Bagi Syarikat yang tidak berdaftar mestilah dalam kategori berdaya saing dan berdaya maju (Lampiran C);
  5. Syarikat perlu ada premis yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan;
  6. Syarikat mesti beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun; dan
  7. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%).

   2. PENYELIDIK

  1. Permohonan terbuka kepada semua penyelidik IPT dan PRI;
  2. Ketua penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap. Penyelidik merupakan pekerja bertaraf tetap atau kontrak di IPT dan PRI;
  3. Tempoh perkhidmatan ketua penyelidik dan penyelidik hendaklah berbaki sekurang-kurangnya 24 bulan daripada tarikh projek bermula;
  4. Ketua penyelidik mestilah warganegara Malaysia;
  5. Penyelidik perlu mempunyai kepakaran, kemahiran atau pengetahuan dalam projek yang dipohon;
  6. Ketua penyelidik bukan dalam tempoh cuti belajar/ sabatikal/ menyambung pengajian/ latihan industri atau yang sama taraf dengannya;
  7. Penyelidik yang mengetuai satu (1) projek dan masih dalam pelaksanaan, tidak dibenarkan memohon projek baru sehingga projek sedia ada selesai; dan
  8. Penyelidik yang telah disenarai hitam sebelum ini tidak boleh memohon projek PPRN sehingga tempoh penggantungan tamat.

 

MAKLUMAT LANJUT

  1. Muat turun   pdf Garis Panduan PPRN (1.21 MB)
  2. Muat turun   document Borang Permohonan PPRN (122 KB)
  3. Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) di IPT/IPTS/PRI
  4. Sekretariat PPRN di Kementerian Pendidikan Malaysia;
    • Tel : 03-8870 6875 / 5101 / 5095 / 5110
    • Faks : 03-8870 6900
    • Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  • Hits: 1145
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 16 Oktober 2019, 08:16.