Penajaan

  • Lepasan SPM

    Bantuan Kewangan Asasi
    Pembiayaan bantuan kewangan untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

    Modular Kolej Komuniti
    Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) menggantikan program Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang dilaksanakan di semua kolej komuniti (KK) mulai tahun 2011 dilaksanakan sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

    Tabung Pinjaman Pelajaran
    Prosedur, jadual bayaran, saluran dan kaedah bayaran balik Tabung Pinjaman Pelajaran serta maklumat peminjam.

  • Ijazah Pertama

    MyBrainSC
    Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah sepenuh masa dalam bidang sains tulen (fizik, kimia, matematik dan biologi) di IPTA atau universiti terkemuka dunia atau bertaraf ivy league.

  • Ijazah Lanjutan

    MyPHD
    Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

    MyMaster
    Inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

    Sub Kepakaran/Post Doktoral
    Biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar negara.

    Diploma Keusahawanan Pasca-Siswazah
    Pengajian secara separuh masa di Cambridge Judge Business School, United Kingdom yang menjurus kepada perkongsian pengalaman keusahawanan, pembinaan budaya dan kemahiran keusahawanan, mempergunakan inovasi keusahawanan, membangunkan dan mengembangkan sektor industri baru serta membina rangkaian kerjasama global

    Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) / Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
    Terbuka kepada tutor, felo dan pensyarah di IPTA.

    Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Kakitangan bukan Akademik IPTA
    Terbuka kepada pegawai-pegawai bukan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah lanjutan di dalam dan luar Negara.

    Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Skim Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
    Terbuka kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

    Kemudahan Cuti Belajar bagi Skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
    Penajaan bagi pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah lanjutan sama ada dengan kemudahan cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji untuk pengajian di dalam / luar Negara.

  • Antarabangsa

    Malaysia International Scholarship
    Inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk menarik pelajar terbaik daripada seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.

    Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan
    Peluang kepada pelajar yang terpilih daripada negara-negara Komanwel untuk belajar di peringkat Ijazah Lanjutan di Malaysia.

    Malaysian Technical and Cooperation Programme (MTCP)
    Peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian akademik lanjutan di Malaysia berdasarkan hubungan antara kerajaan (G2G) tanpa terikat kepada bon dari Malaysia.

  • Khas

    Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti
    Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

    Bantuan Kewangan OKU
    Insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

    Biasiswa Sukan
    Galakan insentif kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

  • Hits: 8209
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Oktober 2019, 20:03.