2u2i

2u2i adalah program pembelajaran berasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka. Pelajar menghabiskan dua (2) tahun di Universiti dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek teori dan dua (2) tahun di industri bagi menimba pengalaman pembelajaran dalam industri.

Pendedahan kepada amalan industri merangkumi penggabungan syarikat dan permulaan syarikat yang boleh membantu pelajar untuk terus beroperasi selepas tamat pengajian. Program 2u2i bertujuan memupuk semangat keusahawanan melalui kerjasama akademik dan industri dengan pendekatan penyampaian secara Work-based Learning.

2u2i merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) dan Lonjakan 7 (Ekosistem Inovasi) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Maklumat lanjut berkaitan 2u2i:


2u2i dalam Berita:

  1. 4 Januari 2018: Pelajar UMT ikuti program 2u2i dirai pada majlis penghargaan
  2. 27 April 2017: Program 2u2i perkara kualiti graduan
  3. 25 April 2017: UiTM cipta rekod laksana program 2u1i
  4. 25 April 2017: UiTM perintis program 2u1i
  5. 17 November 2016: UTM tawar Sarjana Muda Sains Komputer Kejuruteraan Data
  6. 19 Januari 2016: 2u2i diperkenal di Universiti
  7. 18 Januari 2016: Kementerian Pendidikan Tinggi Laksanakan Program Dua Universiti Dua Industri

Redesigning Higher Education, Initiatif Utama

  • Hits: 481
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.