Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

PENGENALAN

  • Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Ditadbir oleh KPM
  • Pemilik tanah dan bangunan dikekalkan
  • Kurikulum agama negeri dikekalkan
  • Menerima pelbagai kemudahan

TUJUAN

  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
  • Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
  • Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

KELEBIHAN

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

  • Kepada sekolah
    • Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
    • Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
    • Menerima bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
    • Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
    • Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan
  • Kelebihan kepada guru dan kakitangan
    • Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
    • Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
    • Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
    • Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
    • Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
    • Berpeluang melanjutkan Pelajaran
    • Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM
  • Kelebihan kepada murid
    • Berpeluang mendapat bantuan
    • Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
    • Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
    • Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
    • Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti

SYARAT PENDAFTARAN

  • Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
  • Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
  • Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
  • Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
  • Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah
  • Mempunyai bangunan sendiri
  • Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
  • Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Bilangan murid melebihi 150 orang
  • Tidak menanggung hutang

CARA MEMOHON

  • Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga
  • Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)
  • Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan
  • Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM
  • Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM
  • Menandatangani dokumen MoU
  • Mengisi borang pendaftaran sekolah
  • Hits: 2521
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.