Pelan Induk

PELAN INDUK PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2011- 2020

Pelan Induk

Pelan Induk Pembudayaan

Pelan Induk Pembudayaan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional 2011-2020 telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan pada 20 Ogos 2010 dan mesyuarat telah menyetujui semua strategi dan pelan tindakan PSH yang tersenarai dalam Pelan Induk tersebut secara keseluruhan untuk dilaksanakan.

Pelan Induk PSH Peringkat Nasional 2011-2020 telah dirasmikan oleh mantan YAB Timbalan Perdana Menteri pada 14 November 2011 . Pelan Induk ini menggariskan hala tuju, objektif dan strategi yang jelas agar semua pihak dapat mengurus pelaksanaan aktiviti PSH secara efektif. Kejayaan pelaksanaan PSH ialah apabila pembudayaan PSH di kalangan setiap individu yang berbilang kaum di Malaysia dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti dan seterusnya kepada kemajuan Negara.

 

DEFINISI PSH

PSH merupakan proses pembelajaran yang melibatkan individu yang berusia 15 tahun ke atas kecuali pelajar professional. Pelajar professional adalah mereka yang mendaftar secara sepenuh masa di sesebuah institusi Pendidikan tinggi atau institusi latihan kemahiran atau sekolah dengan tujuan memperolehi kelayakan akademik atau meningkatkan kemahiran. (merujuk kepada Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia 2011-2020)

Pembangunan Modal Insan

PSH adalah tonggak ke 3 selepas pendidikan peringkat sekolah dan peringkat tertiari. Ia memberikan peluang kedua kepada penduduk bekerja dan mereka yang dahulunya terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. PSH memberikan pilihan hidup yang lebih luas justeru meningkatkan kualiti hidup rakyat.

 JENIS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

  1. i) Formal

Merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh masa bagi orang dewasa yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi pengalaman yang luas dan mendalam dalam sesuatu bidang untuk mengikuti program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana ataupun Kedoktoran.

  1. ii) Tidak Formal

Merangkumi kursus kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional yang tidak melebihi tempoh enam bulan secara sepenuh masa. Kursus ini adalah bertujuan untuk peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Kursus tersebut boleh membawa kredit pembelajaran dan dapat dikumpulkan untuk pengiktirafan kelak seperti Kursus Modular di Kolej Komuniti.

iii) Informal

Kursus kemahiran atau hands-on yang pendek, pada kebiasaannya dalam tempoh lingkungan dua hari sehingga dua minggu untuk sesuatu bidang atau kerjaya, khusus bagi orang awam yang ingin pembelajaran secara praktikal dan memenuhi keperluannya dari aspek masa dan bidang kemahiran yang diperlukan.

OBJEKTIF PELAN INDUK

Membudayakan program PSH sebagai gaya hidup masyarakat/ komuniti di Malaysia

Menjadikan PSH sebagai pemangkin untuk membentuk komuniti yang berilmu

Memudahkan peluang untuk mengikuti program PSH

Mengukuhkan tonggak ketiga pembangunan modal insan melalui PSH

Untuk makluman lanjut boleh muat turun di sini

https://drive.google.com/file/d/0B9ZPR6HxY7PXTnNjaDBRd1d1cEE/view

  • Hits: 1643
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Oktober 2019, 18:22.