Memperluas Akses

Konsep Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu seperti Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL), telah diperkenalkan di Malaysia untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi menerusi pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat. OUM menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang diluluskan untuk melaksanakannya. Selain OUM, kementerian juga telah memberikan kebenaran kepada lima Institusi Pendidikan Jarak Jauh (ODL) yang lain, untuk melaksanakan APEL, terutamanya dalam bidang Kemasukan Terbuka (OE). Satu lagi mekanisme yang sama penting dan signifikan adalah membolehkan pembekal PSH menganugerahkan kredit bagi kursus tertentu berdasarkan pengalaman kerja peserta.

Oleh yang demikian, kejayaan PSH boleh diukur berdasarkan penilaian hasil iaitu melalui:

  1. Peningkatan kadar enrolmen PSH di IPT awam dan swasta;
  2.  
  3. Peningkatan bilangan calon PSH yang memperoleh kelayakan formal; dan
  1. Peningkatan enrolmen PSH dalam program inovatif (seperti pendidikan eksekutif, pembelajaran berasaskan kerja dan pembelajaran berasaskan modul).
  2.  

PENGLIBATAN KEMENTERIAN LAIN

Kebanyakan program PSH yang dilaksanakan adalah di peringkat Nasional. Sehingga kini, terdapat 14 kementerian dan pelbagai agensi terlibat dalam melaksanakan program PSH. Kementerian yang terlibat adalah:

  1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA);
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KKWKM);
  4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM);
  5. Kementerian Sumber Manusia (KSM);
  6. Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC);
  7. Kementerian Belia dan Sukan (KBS);
  8. Kementerian Perdagangan, Antarabangsa & Industri (MITI);
  9. Kementerian Kerja Raya (KKR);
  10. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPNKK);
  11. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI);
  12. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE); dan
  13. Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC).

Program PSH yang dilaksanakan di peringkat Nasional yang telah diterajui KPT, antaranya ialah Seminar Antarabangsa PSH, Seminar Kebangsaan PSH, Karnival My3L Peringkat Nasional dan pembangunan direktori PSH atas talian peringkat nasional.

  • Hits: 1495
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 16 Oktober 2019, 10:33.