Fasa Pelaksanaan Pembudayaan PSH

Bagi memastikan strategi ini dilaksanakan dengan jayanya, satu set objektif prestasi, metrik prestasi dan akauntabiliti, sasaran strategik dan organisasi penaja dikenal pasti, seiring dengan peruntukan belanjawan yang akan dibuat dan diagihkan untuk dua tempoh, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10, 2011-2015) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11, 2016-2020). Selain itu, kementerian akan bekerjasama dengan semua pemegang taruh PSH untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap program PSH dan mewujudkan rangka kerja yang mengiktiraf pembelajaran terdahulu. Oleh yang demikian semua pemegang taruh terutamanya IPT digalakkan untuk membangunkan lebih banyak program inovatif yang memenuhi keperluan khalayak yang lebih besar.

Seiring dengan pertambahan penduduk yang berkembang dan kumpulan umur bekerja (15-64) tahun, terdapat keperluan kritikal untuk lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan. Adalah dianggarkan bahawa pelajar sepanjang hayat di Malaysia akan mencecah 20.6 juta pada tahun 2020, dan akan menyumbang 50 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.

PSH menyediakan peluang kepada penduduk yang bekerja dan mereka yang sebelum ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini memberikan "peluang kedua" bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. Ia adalah satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan melalui program rasmi atau tidak rasmi yang menyediakan pengalaman hands on dan latihan di tempat kerja.

PSH memberi peluang yang sama kepada individu untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan perubahan sosial dan ekonomi serta mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk masa depan ekonomi negara.

Fasa 1

Fasa 2

 

 

 

 

 

 

 

  • Hits: 1120
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.