Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:
1. Penggal 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Penggal 1 (P1)
2. Penggal 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Penggal 2 (P2)
3. Penggal 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2 dan P3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.
- Hits: 14173