Diploma International Baccalaureate® (IB)
LATAR BELAKANG
Program Diploma International Baccalaureate® (IB) merupakan program prauniversiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan dalam tempoh dua tahun, iaitu empat semester. Diploma IB merupakan kelayakan yang boleh diterima pakai bagi kemasukan ke program ijazah sarjana muda di dalam negara dan di luar negara. Program ini dilaksanakan di The Malay College Kuala Kangsar, Perak mulai tahun 2011, manakala di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan mulai tahun 2016.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan menyelaras pengoperasian Program Diploma IB di sekolah KPM manakala International Baccalaureate Organization (IBO) yang berpusat di Geneva, Switzerland bertindak sebagai badan yang menggubal dasar, kurikulum, penaksiran dan mengawal kualiti pelaksanaan program.
Pelaksanaan Program Diploma IB telah diluluskan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil.1/2009 bertarikh 7 Januari 2009 dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil.9/2009 bertarikh 24 Jun 2009.
Bagi sekolah yang terpilih untuk melaksanakan Program Diploma IB, sekolah perlu melalui proses pengiktirafan IB berpandukan Guide to School Authorization: Diploma Programme yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi IBO (www.ibo.org).
TUJUAN
Tujuan Pelaksanaan Program Diploma IB dilaksanakan di sekolah KPM adalah:
- Membangunkan modal insan berkepimpinan utuh
Sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 bagi membangunkan modal insan yang berkepimpinan utuh dan berketerampilan unggul.
- Pengiktirafan antarabangsa
Program ini amat bertepatan dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelaksanaan program ini di KPM selaras dengan hasrat memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa.
KONSEP
Program Diploma IB menggariskan konsep kurikulum seperti berikut:
Rajah 1: Konsep Kurikulum Program Diploma IB
- Konsep ini dilaksanakan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang merentasi pelbagai disiplin ilmu bagi setiap kumpulan mata pelajaran dan penerapan elemen teras.
- Konsep kurikulum Program Diploma IB (Rajah 1) adaalh untuk melahirkan modal insan seimbang yang berfikiran global dan menghargai kemanusiaan serta alam sekitar ke arah kehidupan yang aman dan sejahtera.
- Murid Program Diploma IB diprofilkan sebagai insan yang mempunyai daya ingin tahu, pemikir, komunikator berkesan, mempunyai minda terbuka, dan berani mengambil risiko.
PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid Program Diploma IB melibatkan perkara seperti berikut:
- Pemilihan murid
Murid yang ditawarkan ke Program Diploma IB perlu memenuhi semua syarat kemasukan program yang ditetapkan oleh sekolah.
- Pembiayaan pengajian
Murid yang ditawarkan perlu membiayai kos pengajian melalui penajaan sama ada oleh pihak kerajaan, swasta, badan berkanun atau persendirian.
- Sahsiah murid
Murid tertakluk kepada peraturan dan disiplin sekolah.
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Kumpulan mata pelajaran dan peruntukan waktu PdP
Kurikulum Program Diploma IB terdiri daripada tiga elemen teras iaitu Theory of Knowledge (ToK), Creativity, Activity and Service (CAS) dan Extended Essay (EE) serta enam kumpulan mata pelajaran seperti di Jadual 1.
Bil. | Mata Pelajaran | Kumpulan | Peruntukan Waktu |
---|---|---|---|
1 | Theory of Knowledge (ToK) | Core |
150 jam |
2 | Creativity, Activity, Service (CAS) | 150 jam | |
3 | Extended Essay (EE) | 40 jam | |
4 | Malay A (SL) | 1. Studies in Language and Literature | 150 jam |
5 | Malay A (HL) | 240 jam | |
6 | English B (SL) | 2. Language Acquisition | 150 jam |
7 | English B (HL) | 240 jam | |
8 | Economics (SL) | 3. Individual and Societies | 150 jam |
9 | Economics (HL) | 240 jam | |
10 | Business and Management (SL) | 150 jam | |
11 | Business and Management (HL) | 240 jam | |
12 | History (SL) | 150 jam | |
13 | History (HL) | 240 jam | |
14 | Biology (SL) | 4. Sciences | 150 jam |
15 | Biology (HL) | 240 jam | |
16 | Chemistry (SL) | 150 jam | |
17 | Chemistry (HL) | 240 jam | |
18 | Physics (SL) | 150 jam | |
19 | Physics (HL) | 240 jam | |
20 | Mathematics (SL) | 5. Mathematics | 150 jam |
21 | Mathematics (HL) | 240 jam | |
22 | Mathematical Studies (SL) | 150 jam | |
23 | Visual Arts (SL) | 6. The Arts | 150 jam |
24 | Visual Arts (HL) | 240 jam | |
25 | Islamic Studies | Mata pelajaran tambahan | 50 jam |
*SL – Standard Level
HL – Higher Level
Jadual 1: Kurikulum Program Diploma IB
- Peruntukan waktu PdP mata pelajaran bagi Standard Level (SL) ialah 150 jam manakala Higher Level (HL) ialah 240 jam.
- Pemilihan mata pelajaran
Setiap murid diwajibkan untuk memilih satu mata pelajaran daripada enam kumpulan mata pelajaran, iaitu Studies in Language and Literature, Language Acquisition, Individual and Societies, Sciences, Mathematics dan The Arts. Walau bagaimanapun, mata pelajaran kumpulan 6 (The Arts) boleh digantikan dengan salah satu mata pelajaran daripada kumpulan 1,2,3,4 atau 5 (Rujuk Jadual 1).
- Murid boleh memilih sama ada untuk mengambil:
- tiga mata pelajaran HL dan tiga mata pelajaran SL; atau
- empat mata pelajaran HL dan dua mata pelajaran SL
- Mata pelajaran Islamic Studies merupakan mata pelajaran tambahan yang wajib diambil oleh murid Islam selaras dengan Seksyen 50 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
- Pengambilan mata pelajaran HL berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah. Setiap jenis bidang pengajian mempunyai kombinasi mata pelajaran berdasarkan contoh pada Jadual 2.
Bil. |
BIDANG PENGAJIAN/ MATA PELAJARAN |
Senibina |
Kejuruteraan |
Pergigian |
Perubatan |
Undang-Undang |
Perakaunan |
Ekonomi |
Sains Biologi |
Sains Kimia |
Sains Fizik |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Theory of Knowledge (ToK) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |
2 | Creativity, Activity, Service (CAS) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ||
3 | Extended Essay (EE) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ |
4 | Malay A (SL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||
5 | Malay A (HL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||||||
6 | English B (SL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ||||||
7 | English B (HL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ||||
8 | Economics (SL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
9 | Economics (HL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
10 | Business and Management (SL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
11 | Business and Management (HL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ||||||
12 | History (SL) | ⁄ | |||||||||
13 | History (HL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
14 | Biology (SL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
15 | Biology (HL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||||||
16 | Chemistry (SL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
17 | Chemistry (HL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||||||
18 | Physics (SL) | ⁄ | |||||||||
19 | Physics (HL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
20 | Mathematics (SL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||||||
21 | Mathematics (HL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||||
22 | Mathematical Studies (SL) | ⁄ | ⁄ | ||||||||
23 | Visual Arts (SL) | ⁄ | ⁄ | ⁄ | |||||||
24 | Visual Arts (HL) | ⁄ | |||||||||
25 | Islamic Studies | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ | ⁄ |
Jadual 2: Kombinasi mata Pelajaran Mengikut Bidang Pengajian
- Tempoh PdP
Program Diploma IB menawarkan kursus selama dua tahun pengajian melibatkan empat semester yang meliputi 20 minggu setiap semester. Agihan bagi satu semester adalah seperti yang berikut:
- 17 miggu PdP;
- satu minggu persediaan; dan
- dua minggu peperiksaan
- Penawaran mata pelajaran
Mata pelajaran yang ditawarkan adalah berdasarkan permintaan murid, kepakaran guru dan kemudahan sekolah.
- Hits: 49785