Soalan Lazim Matrikulasi

SOALAN 1

Bilakah Program Matrikulasi KPM ditubuhkan dan apakah keistimewaannya?

JAWAPAN 1

Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:

  1. a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara (Senarai universiti luar negara terdapat pada soalan no. 24).
  2. b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembangunan kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.
  3. c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).
  4. d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran.
  5. e) Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia.

SOALAN 2

Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?

JAWAPAN 2

Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

SOALAN 3

Bilakah tempoh Permohonan Melalui Internet (PMI)?

JAWAPAN 3

Tempoh PMI dibuka mulai 1 Julai sehingga 30 November pada tahun pemohon menduduki SPM.

SOALAN 4

Apakah program dan jurusan yang ditawarkan?

JAWAPAN 4

Program Matrikulasi KPM menawarkan dua program iaitu:

  1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester yang dilaksanakan dalam tempoh setahun yang menawarkan jurusan seperti yang berikut:
  1. a) Jurusan Sains;
  2. b) Jurusan Kejuruteraan;
  3. c) Jurusan Perakaunan; dan
  4. d) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Bumiputera sahaja)
  1. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun (Bumiputera sahaja) yang menawarkan Jurusan Sains sahaja.

SOALAN 5

Apakah bidang yang boleh diceburi di peringkat ijazah pertama di UA bagi setiap jurusan yang ditawarkan?

JAWAPAN 5

  1. Jurusan Sains – Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain.
  1. Jurusan Kejuruteraan – Kejuruteraan, Seni Bina, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan bidang teknikal lain.
  1. Jurusan Perakaunan – Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber Manusia, Undang-Undang dan lain-lain.
  1. Jurusan Perakaunan Profesional – Sijil Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

SOALAN 6

Bolehkah murid lepasan SPM yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan memohon Jurusan Perakaunan?

JAWAPAN 6

Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua jurusan dalam Program Matrikulasi KPM.

SOALAN 7

Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020? Adakah yuran-yuran lain yang dikenakan?

JAWAPAN 7

Kadar yuran pendaftaran Program Matrikulasi Sistem Dua Semester Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020 ialah seperti yang berikut:yuran matrik

Kadar yuran pendaftaran Program Matrikulasi Sistem Empat Semester bagi sesi 2018/2020 ialah RM291.60.

Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

SOALAN 8

Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

JAWAPAN 8

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

SOALAN 9

Di manakah lokasi Program Matrikulasi KPM dilaksanakan?

JAWAPAN 9

Program Matrikulasi KPM dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah kolej MARA seperti yang berikut:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang (Jurusan Perakaunan).
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim (Jurusan Sains).

SOALAN 10

Bilakah keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020 akan diumumkan?

JAWAPAN 10

Keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020 akan diumumkan pada 15 April 2019 (Isnin) pukul 12:00 tengah hari.

SOALAN 11

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM?

JAWAPAN 11

Pemohon boleh menyemak melalui:

  1. Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – matrikulasi.moe.gov.my, atau
  1. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888, atau
  1. Talian telefon pejabat 03-88844083 pada waktu pejabat bermula 8:30 pagi sehingga 4:30 petang.

SOALAN 12

Bilakah tarikh pendaftaran di kolej-kolej matrikulasi bagi sesi 2019/2020?

JAWAPAN 12

Pelajar baharu akan mendaftar pada 11/12 Mei 2019 (Sabtu/Ahad) mengikut lokasi kolej. Walau bagaimanapun anda perlu melayari laman sesawang kolej matrikulasi yang ditawarkan untuk maklumat lanjut.

SOALAN 13

Apakah syarat kelayakan minimum ke Program Matrikulasi KPM? Apakah mata pelajaran yang diambil kira untuk pengiraan merit?

JAWAPAN 13

Jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit bagi Program Matrikulasi Sistem Dua Semester.

Syarat kelayakan program matrikulasi

Jadual di bawah ini pula adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit bagi Program Matrikulasi Sistem Empat Semester. (Hanya Jurusan Sains dan untuk pelajar bumiputera sahaja)

Kelayakan program empat semester

 

SOALAN 14

Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?

JAWAPAN 14

Permohonan pertukaran jurusan adalah bergantung kepada kekosongan. Walau bagaimanapun pelajar boleh membuat rayuan kepada Pengarah kolej masing-masing.

SOALAN 15

Bolehkah saya menangguh pendaftaran?

JAWAPAN 15

Boleh, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat berikut:-

Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan.

Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

SOALAN 16

Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?

JAWAPAN 16

Rayuan hendaklah dilakukan secara dalam talian di matrikulasi.moe.gov.my bermula dari 15 April 2019 hingga 29 April 2019.

SOALAN 17

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan rayuan ke Program Matrikulasi KPM?

JAWAPAN 17

Pemohon boleh menyemak keputusan rayuan melalui:

  1. Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – matrikulasi.moe.gov.my, atau
  1. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888, atau
  1. Talian telefon pejabat 03-88844083 pada waktu pejabat bermula 8:30 pagi sehingga 4:30 petang.

SOALAN 18

Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan boleh ditempatkan di Semenanjung Malaysia?

JAWAPAN 18

Tidak, kecuali pelajar yang ditawarkan Jurusan Kejuruteraan.

SOALAN 19

Bolehkah saya memohon pertukaran kolej?

JAWAPAN 19

Tidak boleh kecuali:

  1. pelajar memerlukan rawatan disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
  2. adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan; dan
  3. pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.

Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.

SOALAN 20

Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

JAWAPAN 20

Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi pelajar yang memerlukan rawatan berterusan disebabkan masalah kesihatan kronik. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan Pengarah kolej tempat anda mendaftar.

SOALAN 21

Adakah saya dikenakan penalti jika berhenti daripada menamatkan pengajian di Program Matrikulasi KPM?

JAWAPAN 21

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut Prosedur Operasi Standard Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi KPM yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 (Pindaan 2017) KECUALI:

  1. a) Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar negara, atau
  1. b) Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, atau
  1. c) Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau Ijazah dalam negara dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat, atau
  1. d) Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah diluluskan sekali penangguhan pengajian dengan sokongan laporan perubatan hospital kerajaan atau hospital pakar swasta sahaja, atau
  2. e) Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi KPM.

SOALAN 22

Saya berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, boleh berikan universiti-universiti yang menerima masuk Program Matrikulasi di luar negara?

JAWAPAN 22

Antara universiti terkemuka yang menerima masuk lulusan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:-

United Kingdom:

1. King’s College London

2. University College London

3. University of Bristol

4. University of Manchester

5. University of Birmingham

6. University of Warwick

7. University of Nottingham

8. University of Sheffield

9. University of Surrey

10. University of Southampton

11. University of Cardiff

12. St. Mary’s University

Australia :

1. Australian National University

2. University of Sydney

3. Monash University

4. University of Queensland

5. University of Melbourne

6. University of Adelaide

7. University of New South Wales

Kanada

1. University of Toronto

2. Trent University, Ontario

3. Ryerson University

4. Victoria University

5. York University

6. Brock University

New Zealand:

1. University of Auckland

2. University of Canterbury

3. University of Otago

4. Victoria University of Wellington

5. Massey University

6. Lincoln University

7. Waikato University

8. Auckland University of Technology

Korea Selatan:

1. Korea University

2. Korea Advanced Institute of Science and Technology

3. Yonsei University

4. Sungkyunkwan University

Hong Kong:

The Hong Kong Polytechnic University

Indonesia:

1. Universitas Kristen Krida Wacana

2. Universitas Andalas

3. Universitas Sriwijaya

4. Universitas Sumatera Utara

Amerika Syarikat:

1. Harvard University

2. Columbia University

3. Yale University

4. Princeton University

5. Massachusetts Institute of Technology

6. Boston University

 

JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL

SOALAN LAZIM BERKAITAN

JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL

SOALAN 23

Bilakah Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) diperkenalkan?

JAWAPAN 23

JPPro merupakan jurusan baharu Program Matrikulasi KPM yang ditawarkan secara rintis di Kolej Matrikulasi Selangor pada sesi 2018/ 2019.

SOALAN 24

Bagaimanakah pemilihan pelajar JPPro dibuat?

JAWAPAN 24

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kelulusan syarat kemasukan Program Matrikulasi KPM iaitu syarat am, syarat minimum, pengiraan merit mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum, lulus ujian aptitud dan temuduga. Hanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera.

SOALAN 25

Apakah perbezaan antara Jurusan Perakaunan dengan JPPro?

JAWAPAN 25

Perbezaan adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit.

Jurusan Perakaunan

SOALAN 26

Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi JPPro?

JAWAPAN 26

Sila rujuk jawapan pada Soalan 7 di muka surat 3.

SOALAN 27

Bolehkah saya memohon ke mana-mana UA selepas tamat pengajian dalam JPPro?

JAWAPAN 27

Tidak boleh. Pelajar yang mengikuti JPPro yang lulus dan layak akan menyambung pengajian ke UiTM sahaja bagi mengikuti program ACCA.

 

Muat Turun

  • Hits: 6020
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.