Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

PENGENALAN

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahunpada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred CEMERLANGdalam mana-mana lima (5) mata pelajaran  di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIANdalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan  akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

BIDANG PENGKHUSUSANYANG DITAWARKAN *

Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Jasmani
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Seni Visual
  •  Bahasa Cina
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Iban
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  •   Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sains
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Sejarah
 

CARA MEMOHON

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.myselepas keputusan SPM diumumkan.
  • Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
  • Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)sebelum layak dipanggil temuduga.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini bila-bila masa.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

PROSEDUR KEMASUKAN

 prosedur kemasukan pismp

Seseorang pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan jumlah kredit 133 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG.

  • Hits: 15401
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 12 Disember 2019, 16:14.