Program Diploma Perguruan Malaysia

PENGENALAN

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di 27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru lepasan Diploma Perguruan sekolah rendah atau menegah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Sekolah Rendah/ Menengah dikendalikan selama 3 tahun dalam 6 semester. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki memiliki Diploma Perguruan Malaysia yang diperakui oleh pihak MQA.

SYARAT DAN KELAYAKAN AM

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah guru yang sedang berkhidmat sepenuh masa di institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia sepanjang  tempoh kursus.

KELAYAKAN AKADEMIK

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik sama ada:

  • Memiliki kelulusan SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU dengan 5 (lima) kepujian dalam 1 (satu) sijil atau gabungan 2 (dua) sijil dalam tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut serta memenuhi syarat-syarat berikut :
    • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan;
    • Memiliki kepujian bagi mata pelajaran SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU  mengikut bidang pengajian major yang dipohon;
    • Memiliki kepujian bagi mata pelajaran SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU mengikut bidang pengajian elektif yang dipohon serta
    • Memiliki 2 (dua) kepujian mata pelajaran yang lain selain daripada  kepujian pada para a (i), a (ii) dan a (iii) di atas.

ATAU

  • Memiliki sijil penuh STPM/STP atau STAM dalam satu sijil atau gabungan 2 (dua) sijil dalam tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut dan memiliki sekurang-kurangnya 4 (empat) kepujian di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM serta memenuhi syarat-syarat berikut :
    • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM/SMA.
    • Memiliki kepujian bagi mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM/SMA/SMU atau prinsipal di peringkat STP/STPM/STAM bagi bidang pengajian major yang dipohon.
    • Memiliki kepujian bagi mana-mana mata pelajaran elektif di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM/SMA atau memiliki prinsipal di peringkat STP/STPM/STAM bagi bidang pengajian elektif yang dipohon.
    • Memiliki 1 (satu) kepujian mana-mana mata pelajaran yang lain jika kepujian pada para b (i), b (ii) dan b (iii) dipenuhi. Memiliki 2 (dua) kepujian mana-mana mata pelajaran yang lain jika kepujian pada para b (i) dan b (ii) dipenuhi tetapi para b (iii) tidak dipenuhi.
  • Lulus pangkat prinsipal dalam Bahasa Melayu di peringkat STP/STPM boleh menggantikan syarat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM/SMA tetapi calon mesti  lulus Ujian Lisan dalam peperiksaan berkenaan.
  • Pemohon boleh menggunakan kelayakan Sijil Am Pelajaran (SAP) hanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Bahasa Arab, (Komunikasi) dan Bahasa Arab Tinggi bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Calon yang telah memiliki Diploma Pendidikan atau Ijazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Calon yang diberhentikan dari institusi pengajian tinggi kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah / penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan ke IPGK hendaklah sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan  yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

  • Hits: 6446
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.