Sejarah IPG

SEJARAH IPG

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG

  • Hits: 2480
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.