Wenhui Award 2022

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENGENAI WENHUI AWARD 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan pelawaan pemohonan bagi Wenhui Award dengan tema Educational Innovations for Learning Recovery. Anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang individu atau institusi dalam inovasi pendidikan di rantau Asia Pasifik. Seramai 2 orang penerima anugerah akan menerima US $20,000 (setiap seorang) dan sijil kecemerlangan. 

3.         Sehubungan itu, warga KPM yang berminat boleh mengemukakan permohonan lengkap seperti berikut kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 27 Januari 2023 (Jumaat). 

              a.   Fully completed nomination form;

              b.  Summary of the innovation, using the given template dan 

              c.  Other supporting materials provided by the nominee. 

4.      Nota konsep, Borang pencalonan, Template for the Detailed Summary of the Educational Innovation dan Frequently Asked Questions (FAQ) adalah seperti di Lampiran A,  Lampiran B, Lampiran C dan Lampiran D 

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi pihak SKUM melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian telefon 0388846159.

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun Lampiran   archive Disini (721 KB)

  • Hits: 3889

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 Mei 2023, 13:43.