• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Webinar “Cross Border Human Capacity Building For Glocalized Scientific Literacy: Phase 2-STEM+ Education For School Girls, Women, And Teacher Professional Development”, 25-26 Mac 2021

Webinar “Cross Border Human Capacity Building For Glocalized Scientific Literacy: Phase 2-STEM+ Education For School Girls, Women, And Teacher Professional Development”, 25-26 Mac 2021

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

WEBINAR: “CROSS BORDER HUMAN CAPACITY BUILDING FOR GLOCALIZED SCIENTIFIC LITERACY: PHASE 2-STEM+ EDUCATION FOR SCHOOL GIRLS, WOMEN, AND TEACHER PROFESSIONAL DEVELOPMENT”, 25-26 MAC 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Taiwan dengan kerjasama APEC akan menganjurkan satu webinar bertajuk “Cross Border Human Capacity Building For Glocalized Scientific Literacy: Phase 2-STEM+ Education for School Girls, Women and Teacher Professional Development” pada 25 dan 26 Mac 2021. Tujuan utama webinar ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta Ekonomi APEC untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai pendidikan STEM melalui pembangunan rekabentuk kurikulum sains dan teknologi yang innovatif, pelaksanaan dan implikasi kurikulum STEM-PLUS serta amalan terbaik berkenaan gender dalam bidang STEM-PLUS. Maklumat lanjut mengenai webinar ini boleh diperolehi melalui pautan https://www.apecstemplustw.org/.

3.   Dalam hal ini, pihak penganjur menjemput pihak yang berminat untuk menyertai webinar ini dengan mengisi borang pendaftaran melalui pautan https://forms.gle/JED74LCFKLVu4dG27 sebelum atau pada 17 Mac 2021 (Rabu). Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua. 

4.       Perhatian pihak YBhg. Tan Sri / Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 
Cross Border Human Capacity Building For Glocalized Scientific Literacy Phase 2 STEM Education for School Girls Women and Teacher Professional Development page 0001
  • Hits: 6418

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.