• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang di Sekolah, KV, IAB, Kolej Matrikulasi, ELTC dan Pensyarah Cemerlang di IPG Secara KUP di KPM Tahun 2022

Urusan Pemangkuan PPP sebagai Guru Cemerlang di Sekolah, KV, IAB, Kolej Matrikulasi, ELTC dan Pensyarah Cemerlang di IPG Secara KUP di KPM Tahun 2022

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ MATRIKULASI, ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah, Kolej Vokasional (KV), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun
  1. Urusan pemangkuan ini melibatkan gred jawatan seperti berikut:
PPP
Gred Ditawarkan
Guru Cemerlang
   Sekolah Menengah/KV/ IAB/KM/ELTC    
 
Gred Khas C, DG54, DG52, DG48 dan DG44
Guru Cemerlang
Sekolah Rendah
 
Gred DG44, DG38, DG34 dan DG32
Pensyarah Cemerlang IPG
Gred Khas B, Gred Khas C, DG54,
DG52 dan DG48

 

     4. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti berikut:

     4.1  Syarat-Syarat Umum

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;

  2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon;

  3. Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 80% bagi tahun 2019, 2020 dan 2021;

  4. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);

  5. Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 09.2022);

  6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

  7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;

  8. Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan

  9. Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).

 

4.2 Syarat-syarat Khusus

Syarat-syarat khusus permohonan adalah seperti Lampiran berikut:

  1. Lampiran A1 – Guru Cemerlang Sekolah Rendah (Bukan Siswazah);

  2. Lampiran A2 – Guru Cemerlang Sekolah Rendah (Siswazah);

  3. Lampiran A3 – Guru Cemerlang Sekolah Menengah/

  4.                                  KV/IAB/KM/ELTC (Siswazah); dan

  5. Lampiran A4 – Pensyarah Cemerlang IPG (Siswazah).

 

  1. Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah mengikut tatacara di bawah:
  1. Semua calon perlu melengkapkan Borang Permohonan di pautan https://sites.google.com/moe.gov.my/sistemgcpc/home

  2. Penyediaan Dokumen Permohonan hendaklah mengikut tatacara seperti di Lampiran B1: Panduan Penyediaan Dokumen Permohonan GCPC Tahun 2022 (Tindakan Pemohon).

  3. Dokumen Permohonan yang lengkap perlu dicetak dan diserahkan kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

  4. Ketua Jabatan hendaklah mengendalikan Borang Permohonan calon mengikut tatacara seperti di Lampiran B2: Panduan Permohonan GCPC Tahun 2022 (Tindakan Ketua Jabatan)

  5. Borang permohonan yang tidak lengkap ATAU mengandungi maklumat yang tidak tepat ATAU calon tidak diperaku oleh Ketua Jabatan, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN bagi tujuan penilaian.

  6. Calon yang layak untuk dinilai di lapangan akan dihubungi oleh panel penilai bagi menetapkan tarikh penilaian. Semasa penilaian, calon diminta mengemukakan dokumen sokongan asal dan menyediakan bahan pembentangan untuk dibentangkan kepada panel penilai. Format penyediaan bahan pembentangan adalah seperti dalam Lampiran B3: Format Penyediaan Bahan Pembentangan Calon.

        

  1. Penilaian bagi (Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang IPG) adalah pada September hingga Oktober 2022 (tertakluk kepada perubahan). Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah berjaya dalam penilaian dan diperakukan oleh Kementerian serta diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) sahaja akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan (APP) sebagai Guru Cemerlang atau Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Calon yang tidak menerima surat pemakluman dari Kementerian berhubung urusan ini selepas 31 Ogos 2023 adalah dianggap TIDAK BERJAYA. Keputusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang hendaklah dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.
  1. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan semua maklumat permohonan calon adalah lengkap, betul dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemas kini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem ePangkat dan HRMIS terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut. Sila pastikan maklumat perkhidmatan di dalam Sistem ePangkat adalah SAMA seperti yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan Borang Permohonan calon.
  1. Senarai bidang yang ditawarkan untuk pemohon di IPG dan IAB adalah seperti dalam Lampiran C1 (Calon PC IPG) dan Lampiran C2 (Calon GC IAB).

  2. Bagi PPP yang mengisi jawatan kader KPM, hanya calon dari Maktab Tentera Diraja, Sekolah Integriti, Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti SAHAJA yang layak mengemukakan permohonan.

  1. Tarikh tutup permohonan ialah pada JUMAAT, 02 SEPTEMBER 2022 PUKUL 6.00 PETANG.
  1. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) Bil. 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang disiasat/dalam prosiding tatatertib/telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan/kenaikan pangkat.
  1. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah mulai sehari selepas tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.
  1. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) Bil. 2 Tahun 2022 pada 31 Mac 2022 telah memutuskan bahawa pegawai perlu dinilai berdasarkan tiga (3) tahun LNPT atas gred semasa.

  2. Jika memerlukan pertanyaan lanjut mengenai urusan pemangkuan ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan bolehlah menghubungi Jemaah Nazir di talian 03-8884 4268 (urus setia) / 03-8884 4546 (teknikal).

  1. Perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas sangat hargai.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Iklan   pdf Disini (1.01 MB)

  • Hits: 23449

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 30 September 2022, 17:15.