• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Guru Cemerlang Di Sekolah, Kolej Vokasional, Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan English Language Teaching Centre dan Pensyarah Cemerlang di IPG Secara KUP di KPM Tahun 2019

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Guru Cemerlang Di Sekolah, Kolej Vokasional, Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan English Language Teaching Centre dan Pensyarah Cemerlang di IPG Secara KUP di KPM Tahun 2019

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL (KV), INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB), KOLEJ MATRIKULASI (KM) DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC) DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2019


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019 bermula 1 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini adalah diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebutkepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Iklan boleh mula dimohon mulai 1 Mac 2019 (Jumaat).
Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.

Terima Kasih.

Bil    Perkara  
 1.  Iklan GCPC Muat Turun 
2. Borang Permohonan GCPC Tahun 2019 Muat Turun
3. Borang Permohonan PC IPG Tahun 2019 Muat Turun
  • Hits: 3371
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Oktober 2019, 20:03.