• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Ke Gred DG44, DG48, DG52 Dan DG54 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Sebagai Pegawai Cemerlang Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Ke Gred DG44, DG48, DG52 Dan DG54 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Sebagai Pegawai Cemerlang Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Cemerlang ke Gred DG44, DG48, DG52 dan DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2021. Permohonan adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)di Bahagian-Bahagian KPM, Institusi-Institusi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat dalam PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SAHAJA (tidak termasuk Pegawai SISC+ dan Pegawai SIPartners+).
 
3.       Sehubungan itu, semua calon yang berminat dan memenuhi syarat boleh mengisi Lampiran A-1: Borang Permohonan Pegawai Cemerlang (PC2021/44/48/52/54) mengikut format seperti di LAMPIRAN A dalam Surat Siaran Permohonan. Borang permohonan dan lampiran-lampiran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing sebelum atau pada 25.01.2021 bagi tujuan penilaian dan perakuan. Calon-calon dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat permohonan adalah lengkap, betul dan teratur. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
 
4.       Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan perakuan calon ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sebelum atau pada jam 05:00 petang, Ahad, 28.02.2021. Sekiranya calon yang diperakukan tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak urus setia  dalam tempoh enam (6) bulan dari 01.09.2021 hendaklah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
 
*Berikut adalah Surat Siaran dan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun:
 
b)    archive Data Access (418 KB) – Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Tahun 2021 – untuk kegunaan KETUA JABATAN SAHAJA (pemohon tidak perlu memuat turun)
  • Hits: 5689

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 20 Januari 2021, 13:28.