• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Tahun 2020 Hingga 2022 (Urusan Ci

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Tahun 2020 Hingga 2022 (Urusan Ci

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2020 HINGGA 2022 (URUSAN CICIR)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

11 November 2022
(Jumaat)

hingga

23 November 2022
(Rabu)

 

13 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·     Tarikh tutup pada 23 November 2022 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.         Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP permohonan calon (Di JPN/ Bahagian/IAB/IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi)

TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

ii.       Pengetua/Guru Besar/Timbalan Pengarah JPN/Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuat naik.

2.

24 November 2022
(Khamis)

hingga

7 Disember 2022
(Rabu)

 

14 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN

(Pengetua/Guru Besar/Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/ BAHAGIAN

·     Tarikh tutup pada 7 Disember 2022 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.      Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP permohonan calon (Di JPN/ Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN:

ii.     Pengetua/Guru Besar/Timbalan Pengarah JPN/Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuat naik; dan

iii.   Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA.

3.

8 Disember 2022
(Khamis)

hingga

21 Disember 2022
(Rabu)
 

14 hari

·      Tempoh PERAKUAN PENYEMAK/ PENGESAH di JPN/Bahagian/IAB/IPGM KEPADA BPSM, KPM

·     Tarikh tutup pada 21 Disember 2022 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan   SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA.

Urusan ini terbuka kepada:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan TAHUN 2020 HINGGA 2022;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41/DG42 ke Gred DG44 ATAU Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan TAHUN 2020 HINGGA 2022 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan TAHUN 2020 HINGGA 2022.
 
  1. Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH CALON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan masing - masing. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.
 
  1. Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP dan AKP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.
 
CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING
 
Muat Turun Lampiran   pdf Disini (4.75 MB)
  • Hits: 3515

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 07 Disember 2022, 15:41.