UNESCO-Bangladesh Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman International Prize for Creative Economy

Sukacita dimaklumkan bahawa UNESCO sedang menganjurkan anugerah UNESCO-Bangladesh Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman International Prize for Creative Economy. Anugerah ini diwujudkan untuk mengiktiraf sumbangan individu, institusi dan badan bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong sektor keusahawanan membabitkan belia seawal usia 16 tahun dalam bidang industri kreatif seperti berikut:
 
• Perfileman/audiovisual
• Reka bentuk
• Seni media
• Muzik
• Seni persembahan
• Penerbitan
• Seni visual
 
Sehubungan dengan itu, pihak yang berminat perlu dicalonkan oleh badan-badan yang berkaitan melalui pautan https://en.unesco.org/creativity/news/call-nomination-unesco-bangladesh-bangabandhu-sheikh  pada atau sebelum 21 Julai 2021.
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO melalui Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
 
Khairol Hazlan bin Hamzah
Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Creative Economy Award
  • Hits: 1905

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Jun 2023, 16:23.