The Queen's Commonwealth Essay Competition 2023 - A Youth-Powered Commonwealth

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI THE QUEEN'S COMMONWEALTH ESSAY COMPETITION 2023 - A YOUTH-POWERED COMMONWEALTH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Royal Commonwealth Society (RCS) kini membuka penyertaan untuk The Queen's Commonwealth Essay Competition 2023The Queen's Commonwealth Essay Competition telah bermula dari tahun 1883 dan merupakan pertandingan menulis esei yang tertua di dunia. Pertandingan ini merupakan satu platform yang penting untuk mengiktiraf pencapaian, mempromosi suara anak-anak muda dan mengembangkan kemahiran melalui penulisan kreatif. Tema pertandingan bagi tahun 2023 adalah A Youth-Powered Commonwealth. Ia adalah selaras dengan keputusan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel untuk mengisytiharkan 2023 sebagai tahun yang didedikasikan kepada inisiatif-inisiatif yang diterajui belia dalam pembangunan mampan dan inklusif. Dalam hal ini, bagi tahun ini RCS membuka peluang kepada golongan belia untuk membicarakan isu-isu global serta mempertimbangkan kepentingan golongan belia dalam proses pembuatan keputusan.

3.       Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli negara anggota Komanwel bagi Senior Category (14-18 tahun) dan Junior Category (14 tahun ke bawah). Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini termasuk syarat-syarat, garis panduan dan maklumat hadiah boleh dirujuk di   pdf Lampiran I (591 KB)  dan melalui pautan https://www.royalcwsociety.org/qcec2023 Kepada yang berminat boleh mengemukakan penulisan esei melalui pautan https://form.jotform.com/221911966596569 sebelum atau pada 30 Jun 2023 (Jumaat). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pihak penganjur melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..  

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 19006

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.