Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Di KPM Bagi Julai Hingga Disember Tahun 2023
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:
BIL. |
TARIKH |
TEMPOH |
KETERANGAN |
1. |
1 Jun 2023
(Khamis)
hingga 14 Jun 2023 (Rabu) |
14 hari |
· Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka
· Tarikh tutup pada 14 Jun 2023 (SEBELUM jam 11.59 malam)
NOTA PERINGATAN: i. Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP permohonan calon (Di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan ii. Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuat naik. |
2. |
15 Jun 2023
(Khamis)
hingga 30 Jun 2023
(Jumaat)
|
16 hari |
· Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN
(Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/ BAHAGIAN
· Tarikh tutup pada 30 Jun 2023 (SEBELUM jam 11.59 malam)
NOTA PERINGATAN:
i. Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP permohonan calon (Di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN:
ii. Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuat naik; dan
iii. Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA.
|
3. |
1 Julai 2023
(Sabtu)
hingga 31 Julai 2023 (Isnin)
|
31 hari |
. Tempoh PERAKUAN PENYEMAK/ PENGESAH di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPGM KEPADA BPSM, KPM
· Tarikh tutup pada 31 Julai 2023 (SEBELUM jam 11.59 malam)
NOTA PERINGATAN: Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA. |
Urusan ini terbuka kepada:
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2023;
- PPP Gred DG41/ DG42 ke Gred DG44 ATAU Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2023 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2023.
3. Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.
4. Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP dan AKP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti di dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.
CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING.
- Hits: 5076