Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Januari Hingga Jun 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

01 Januari 2021 (Jumaat)

hingga

31 Januari 2021

(Sabtu)

 

31 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 31 Januari 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

 

2.

01 Februari 2021

(Ahad)

hingga

21 Februari 2021

(Sabtu)

 

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 21 Februari 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

22 Februari 2021

(Isnin)

hingga

15 Mac 2021

(Isnin)

22 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 15 Mac 2021 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 01 JANUARI 2021 (Jumaat) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

 

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para. 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

5.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT DALAM MANA – MANA URUSAN KENAIKAN PANGKAT ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan dibuat bagi SEMUA pegawai yang layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 

  pdf Muat turun surat edaran (9.74 MB)