Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan (TPPPP)

PENGENALAN

Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan (TPPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu Kumpulan Wang Amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957 bagi menyediakan bantuan pinjaman pelajaran kepada pegawai/pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama bermula tahun 1987 hingga 2009. Pegawai/pelajar yang menerima pinjaman daripada peruntukan TPPPP perlu membayar balik pinjaman tersebut selepas menamatkan pengajian atau mendapat pekerjaan (mana yang terdahulu).

BAYARAN BALIK

Jumlah pinjaman yang perlu dibayar balik kepada KPM ialah keseluruhan amaun yang diterima semasa pengajian dan hanya peminjam yang memenuhi syarat-syarat pemberian diskaun Pinjaman Boleh Ubah akan diberikan pengurangan bayaran balik pinjaman. Peminjam perlu mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan oleh KPM. Peminjam yang gagal mematuhi jadual bayaran balik pinjaman akan diberi surat peringatan, disusuli dengan surat amaran dan seterusnya dikenakan tindakan perundangan.

HUBUNGI KAMI

Sebarang permohonan mengenai penyata baki terkini / surat selesai bayar / kaedah pembayaran / penangguhan bayaran balik / pengurangan ansuran bulanan / tuntutan lebihan bayaran / makluman kematian atau hilang upaya kekal / kemas kini maklumat peminjam boleh dilaksanakan melalui mana-mana saluran di bawah:

 
  • Alamat:
                          Unit Pinjaman
                          Cawangan Penguatkuasaan Perjanjian
                          Bahagian Tajaan Pendidikan
                          Kementerian Pendidikan Malaysia
                          Aras 1, Blok 2251
                         Jalan Usahawan 1
                          63000 Cyberjaya
                          Selangor
 
  • Telefon: 03-8321 7000 / 7093 / 7095

  • Faks      : 03-8321 7101

  • E-mel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, peminjam adalah dimohon untuk menghubungi urus setia seperti maklumat perhubungan di atas dengan segera bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Peminjam adalah diingatkan supaya mengemukakan maklumat nama penuh, nombor kad pengenalan dan nama program setiap kali berurusan dengan pihak kami.

 

PERHATIAN

Susulan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Siri 64 Bilangan 2 Tahun 2009 bertarikh 29 Jun 2009, pelajar yang menerima pinjaman daripada Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) bagi melanjutkan pengajian peringkat Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti hendaklah berurusan dengan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mulai 1 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KPT melalui pautan Bayaran Balik TPP. Bagi membuat semakan penyata/baki pinjaman TPP secara atas talian, peminjam boleh melayari portal semakan melalui pautan Semakan Penyata Online. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada KPT melalui saluran berikut:

 
  • Alamat:             
                            Bahagian Biasiswa
                             Kementerian Pengajian Tinggi
                             Aras 2, No. 2, Menara 2
                             Jalan P5/6, Presint 5
                             62200 W.P. Putrajaya
  • Telefon : 03-8888 6787

  • Faks      :  03-8870 6839

  • E-mel   :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian untuk perhatian semua, terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
"Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi".
Hadis Riwayat: At –Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi

 

 

 

  • Hits: 10824

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Disember 2023, 12:22.