Southeast Asian School Leadership Program Anjuran SEAMEO INNOTECH, 13 November 2023 Hingga 4 Februari 2024 (Secara Maya)
YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN MENGENAI SOUTHEAST ASIAN SCHOOL LEADERSHIP PROGRAM ANJURAN SEAMEO INNOTECH, 13 NOVEMBER 2023 HINGGA 4 FEBRUARI 2024 (SECARA MAYA)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO Regional Center for Educational Innovation and Technology (SEAMEO INNOTECH) telah membuat hebahan mengenai pelawaan penyertaan ke Southeast Asian School Leadership Program (SEA-SLP) yang akan diadakan secara maya dari 13 November 2023 hingga 4 Februari 2024. SEA-SLP ini menjurus kepada penyediaan pemimpin sekolah melalui pembelajaran reflektif bagi menilai pengalaman dan memperolehi pengetahuan yang penting untuk membina sekolah yang lebih kukuh dan berdaya tahan. Dalam hal ini, pihak SEAMEO INNOTECH menyediakan biasiswa yang terhad kepada pemimpin sekolah di Malaysia yang layak melalui SEAMEO Educational Development Fund untuk menyertai program ini. Maklumat terperinci mengenai pelawaan ini adalah seperti di dokumen
archive
Call for Participants dan Information Note
(1.24 MB)
.
3. Sehubungan itu, pemimpin-pemimpin sekolah Malaysia yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus kepada pihak SEAMEO INNOTECH melalui pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdczGJxfieyJUG_MxKNllpkguXgUyYlj2REAiiTFIUcjuYtVA/viewform sebelum atau pada 27 Oktober 2023 (Jumaat) Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai pelawaan ini, boleh berhubung dengan pihak SEAMEO INNOTECH melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
- Hits: 1814