Sesi Bual Bicara Skim CAKNA

 

Sukacita dimaklumkan bahawa institusi perbankan Islam dengan kerjasama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) akan mengadakan siri webinar berkenaan Skim CAKNA yang telah dilancarkan pada 1 Mac 2021 yang lalu. Skim ini merupakan satu inisiatif bagi membantu syarikat yang melaksanakan kontrak bekalan dan perkhidmatan Kerajaan untuk mendapatkan pembiayaan kadar segera tanpa menunggu bayaran daripada Kerajaan, pada kadar yang kompetitif tanpa meningkatkan tahap keberhutangan syarikat. Skim ini dilaksanakan secara projek rintis terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebelum diperluaskan kepada kementerian lain.

Sehubungan ini, semua syarikat yang terlibat dalam perolehan bekalan dan perkhidmatan bawah KPM dijemput untuk menyertai webinar "Bual Bicara Skim CAKNA" ini bagi mendapatkan penerangan lanjut berkaitan Skim CAKNA yang akan diadakan secara atas talian pada 11 November 2021 (Khamis).

Syarikat yang berminat perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu pada pautan berikut: Pautan - Webex 

  • Hits: 2442

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.