SEAMEO SEN Special Education Innovation Award (SEIA) 2022
HEBAHAN MENGENAI SEAMEO SEN SPECIAL EDUCATION INNOVATION AWARD (SEIA) 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Southeast Asian Ministers Of Education Organization Regional Center for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) akan menganjurkan SEAMEO SEN Special Education Innovation Award (SEIA) 2022. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf kerja dan sumbangan pendidik dan pendokong dalam Inovasi Pendidikan Inklusif Orang Kurang Upaya di Asia Tenggara. SEAMEO SEN akan menganugerahkan seorang (1) penerima untuk Grand Award dan sebelas (11) penerima untuk Country Awards mewakili setiap negara anggota SEAMEO.
3. Maklumat lanjut mengenai anugerah ini dan borang permohonan boleh dirujuk di lampiran pdf Appendix A (129 KB) dan pdf Appendix B (106 KB) . Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui borang Appendix B sebelum atau pada 15 April 2022 (Jumaat) ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi Mr Mohd Rino Mohd Johari, Program Associate SEAMEO SEN melalui alamat emel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
Sekian, terima kasih.
- Hits: 3968