SEAMEO Schools’ Network

Bhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI SEAMEO SCHOOLS’ NETWORK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa The Southeast Asia Ministers of Education Organization (SEAMEO) telah membuat hebahan mengenai pelawaan untuk menyertai SEAMEO Schools’ Network: A Network of Sharing and Development. Objektif utama jaringan ini adalah seperti berikut:

  • Leverage capacity of educational leaders, administrators, teachers, and students through capacity development programmes and other contributions from 26 SEAMEO Regional Centres, SEAMEO stakeholders, and SEAMEO partners;
  • Develop network and partnership among educational institutions around the globe to explore new possibilities for cooperation and innovation; dan
  • Provide the platform to share good practices of education, science, and culture with other participating educational institutions.

Institusi yang menjadi ahli jaringan ini akan mendapat peluang memperolehi manfaat untuk mengambil bahagian dalam program-program pembangunan kapasiti dan pendidikan inovatif yang direka khas untuk institusi, kakitangan pendidikan dan para pelajar melalui platform dalam talian dan bersemuka. Maklumat lanjut mengenai jaringan ini terutamanya berkenaan faedah penyertaan dan syarat-syarat permohonan boleh dirujuk melalui pautan: https://link.seameo.org/schoolnetwork.

3.        Pihak SEAMEO mempelawa institusi tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan vokasional dan teknikal, institusi pengajian tinggi, politeknik, kolej komuniti, pusat pendidian keperluan khas dan pusat pendidikan tidak formal awam dan swasta di Asia Tenggara termasuk Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan untuk menyertai SEAMEO Schools’ Network ini. Sehubungan itu, pihak yang berminat boleh menyertai jaringan ini dengan mengemukakan borang permohonan lengkap melalui pautan: https://link.seameo.org/schoolnetworkreg sebelum atau pada 28 Februari 2022 (Isnin). Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada pihak SEAMEO melalui alamat emel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
  • Hits: 1498

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Julai 2022, 15:52.