Promosi Penghantaran Artikel Untuk Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 20 / 2019

Tuan/Puan dipelawa untuk menyumbangkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 20 untuk tahun 2019. Sumbangan artikel terbuka kepada semua warga pendidik di seluruh negara. Hasil penyelidikan hendaklah berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan terkini meliputi kajian konvensional atau pun kajian tindakan.

Syarat-syarat penyertaan:

i) Artikel yang ditulis belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan sama ada di dalam atau di luar negara.

ii) Artikel ditulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Format Penulisan

iii) Ditaip di atas kertas bersaiz A4 dengan jarak langkau satu (single spacing) menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.

iv) Ukuran artikel dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut :

     • Atas : 2.54 cm / 1 inci 
     • Bawah : 2.54 cm / 1 inci
     • Kiri : 2.54 cm / 1 inci
     • Kanan : 2.54 cm / 1 inci

v) Abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata kunci. Saiz huruf 10 dengan menggunakan format italic.

vi) Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan.

vii) Penulisan artikel hendaklah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.

viii) Tajuk artikel dan nama penulis menggunakan huruf 12, saiz huruf nama institusi adalah 10 dan saiz huruf alamat e-mel 9 (huruf besar, bold dan centered).

ix) Artikel mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu Pengenalan, Pernyataan Masalah, Tujuan Kajian, Objektif Kajian, Kaedah/Metodologi, Dapatan Kajian, Perbincangan, Rumusan dan Lampiran (jika ada).

x) Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.

xi) Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hardcopy) dan salinan lembut (softcopy).

xii) Artikel dalam bentuk salinan lembut (softcopy) dihantar kepada alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

xiii) Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hardcopy) hendaklah dihantar kepada:

Ketua Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr. Shamsudin Mohamad)

xiv) Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 15 Jun 2019.
(Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak kami selepas 15 Ogos 2019 bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan.)

xv) Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi:

Encik Selvarajah Manikam 
Tel. : 03 8884 6457
e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Nota: 
Tuan/Puan digalakkan mengakses Jurnal Penyelidikan Pendidikan terbitan tahun-tahun lepas sebagai panduan. Sila layari url berikut di portal Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memuat turun jurnal tersebut.

(https://www.moe.gov.my/index.php/my/media-kpm/penerbitan/penyelidikan/kajian)

 

Muat turun Garis Panduan Pelawaan Jurnal

  • Hits: 5681

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.