Program ICESCO: The Young Professionals Program 2022

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENGENAI PROGRAM ICESCO: THE YOUNG PROFESSIONALS PROGRAM 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai Call for Applications: The Professionals Program edisi 2022. Objektif utama program ini adalah memberi peluang kepada golongan profesional muda untuk membina kapasiti dan keupayaan mereka melalui latihan profesional di salah satu sektor, jabatan dan pusat di bawah ICESCO. Kontrak perlantikan bagi program ini adalah selama 24 bulan. Warganegara negara anggota ICESCO yang berumur tidak melebihi 35 tahun pada hari permohonan, sekurang-kurangnya memilik ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan bidang-bidang lain yang berkaitan dan fasih dalam salah satu bahasa ICESCO iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis boleh mengemukakan permohonan untuk menyertai program ini.

3.       Permohonan bagi program ini tertakluk kepada kreteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, kriteria, kelayakan, tatacara permohonan dan pemilihan, keistimewaan dan elaun serta peraturan-peraturan program ini adalah seperti di   archive Lampiran (2.25 MB)  (Call for Applications dan Regulations of the Young Professionals Programme)

4.       Sehubungan itu, calon-calon Malaysia yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui pautan: https://www.icesco.org/en/young-professionals-program/ sebelum atau pada 15 April 2022 (Jumaat). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 3339

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.