• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Perakuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Yang Sedang Memangku Gred DG42 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di Bawah Urusan Tahun 2018 Pada 24 Disember 2018

Perakuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Yang Sedang Memangku Gred DG42 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di Bawah Urusan Tahun 2018 Pada 24 Disember 2018

Merujuk kepada surat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM rujukan KPM.BPSM.S.500-4/7/7 JILID 2 (14) bertarikh 7 Januari 2020 mengenai perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa perakuan kenaikan pangkat ke Gred DG42 (KUP) bagi PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) di bawah urusan tahun 2018 berkuat kuasa mulai 24 DISEMBER 2018 yang telah melengkapkan tempoh pemangkuan selama setahun dan memenuhi syarat-syarat untuk kenaikan pangkat akan dilaksanakan secara dalam talian menerusi sistem ePangkat di Modul DG42. Jadual pelaksanaan bagi urusan ini adalah seperti berikut:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Urusan

i.

13 Januari 2020

(Isnin)

 

hingga

 

27 Januari 2020

(Isnin)

15 hari

•     PPP perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) dan borang akuan pinjaman pendidikan secara manual dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan.

•     Ketua Jabatan perlu membuat penilaian LNPK.

•     Ketua Jabatan memastikan maklumat perkhidmatan pegawai terutamanya tarikh pemangkuan DG42 (KUP) dikemaskini di ePangkat.

ii.

28 Januari 2020

(Selasa)

 

hingga

 

11 Februari 2020

(Selasa)

15 hari

•     Ketua Jabatan memasukkan markah LNPK dalam ePangkat.

•     Tempoh perakuan Ketua Jabatan iaitu Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Bahagian (Di Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) kepada JPN/ Bahagian.

•     Tarikh tutup pada 11 Februari 2020 (jam 11.59 malam).

Nota: Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan.

iii.

12 Februari 2020

(Rabu)

 

hingga

 

25 Februari 2020

(Selasa)

14 hari

•     Tempoh perakuan JPN/ Pengarah Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi kepada BPSM, KPM.

•     Tarikh tutup pada 25 Februari 2020 (jam 11.59 malam).

Nota: Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan.

  1. PPP dan Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mematuhi jadual pelaksanaan dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kelewatan atau keciciran yang berlaku di peringkat masing-masing. Perakuan kenaikan pangkat yang diterima selepas tarikh tutup/ tidak lengkap/ mengandungi fakta yang palsu, tidak akan diproses.
  1. SILA RUJUK SURAT SIARAN BPSM, KPM YANG DISERTAKAN UNTUK MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING BERKAITAN URUSAN INI.
 Surat Siaran Iklan Kenaikan Pangkat Gred DG42 Urusan Tahun 2018
 2  Manual Pengguna : Perakuan Ketua Jabatan (Peringkat JPN/Bahagian)
 3  Manual Pengguna : Modul Ketua Jabatan (PGB)

Sekian, terima kasih.

  • Hits: 2407
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 28 Mac 2020, 08:30.