Pengumuman Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Di Bawah Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di bawah Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 akan dibuka pada 24 Disember 2021 (Jumaat), pukul 3:00 petang hingga 21 Januari 2022 (Jumaat), pukul 5:00 petang dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2022.
Dimaklumkan juga bahawa syarat utama untuk memohon program SPADA ini ialah PPP perlu memiliki Ijazah Pertama dalam bidang Kaunseling/Bimbingan Kaunseling dengan kelulusan ijazah pertama PNGK 2.75 ke atas atau yang setara dengannya. Selain itu, PPP hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang kaunseling.
Justeru, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon HLP bagi program ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
Sekian, Terima kasih.
- Hits: 7284