Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Seperti Berikut: Pelantikan Tetap Dan Kontrak Ke Jawatan PPP Gred DG41 Graduan Pendidikan Pengambilan Tahun 2023
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:
PELANTIKAN TETAP DAN KONTRAK KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 GRADUAN PENDIDIKAN PENGAMBILAN TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada November 2023) dan DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP dan KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my seperti ketetapan di bawah:
Tarikh mula pengemaskinian: 10/11/2023
Tarikh akhir pengemaskinian : 19/11/2023
NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi
3. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan. Untuk makluman tuan/puan, penempatan dan tarikh lapor diri akan dimaklumkan di eGraduan melalui hebahan di eGraduan dari semasa ke semasa.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.
Telefon: 03-8884 7741 / 03-8882 1442
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 1404